Thursday, April 05, 2012

Lawan Pedang Malaysia Juga Melangkah Ke Olimpik

Berita terkini persiapan atlet negara ke Olimpik London 2012 ialah kelayakan sukan Lawan Pedang apabila Yu Peng Kean, 21 melayakkan diri dalam kategori Individual Sabre. Kelayakan anak Melaka in adalah berdasarkan kejayaan beliau meletakkan dirinya di ranking kedua pemedang Asia selepas tamat tempoh kelayakan pada hujung Mac lalu. Beliau juga berada pada ranking 69 di dunia.
Yu Peng Kean (2 dari kiri) Foto diambil dari SINI
Dengan kelayakan ini beliau merupakan pemedang kedua melayakkan diri ke Olimpik selepas Ronnie Theseira yang mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 1964. 

Peng Kean memperbaiki rankingnya selepas berjaya meletakkan dirinya di tempat kesembilan (2010) dan ketujuh (2011) pada Kejohanan Asia.
Kredit Foto: The Star Online

Dengan kelayakan ini menambahkan lagi kecemerlangan sukan Lawan Pedang Malaysia selepas mempamerkan persembahan cemerlang di Sukan SEA 2011 di Palembang November lepas. Di temasya tersebut mereka memberikan dua pingat emas dan merupakan persembahan terbaik sukan itu dalam sejarah penyertaan Sukan SEA. Ini merupakan produk Sekolah Sukan Bandar Penawar. 

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara memaklumkan bahawa Peng Kean akan dimasukkan ke dalam Program Road To London dan melayakkan beliau menerima elaun bulanan sebanyak RM2,500.

Sukan-sukan yang sudah layak ke Olimpik sebelum ini ialah Memanah (4), Terjun (9), Berbasikal (2) dan Menembak (1)

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger