Majlis tahunan anjuran Majlis Sukan Negara telah berlangsung dengan jayanya di Palace of The Golden Horses dengan diserikan oleh keberangkatan KDYMM Yang di-Pertuan Agung XIV, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar Duli.
17hb April 2012 adalah acara gilang gemilang untuk meraikan seluruh warga sukan yang telah mengorbankan masa, tenaga dan juga wang ringgit untuk meningkatkan imej negara melalui sukan. Malam itu adalam malam warga sukan dan peminatnya. Majlis tersebut merupakan Edisi ke 46 sejak mula diujudkan pada tahun 1966.
Kemuncak majlis malam itu ialah dengan menobatkan olahragawan dan olahragawati negara untuk tahun 2011. Kali ini Jawatankuasa Pemilihan yang diPengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohid Momamed, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ialah:
Credit: Foto Dato’ LCW dan Foto Pandalela Rinong
Pada malam tersebut juga beberapa kategori dan penghargaan lain juga diumumkan pemenangnya.
Pasukan Lelaki Terbaik
Memanah Lelaki Kebangsaan
(Cheng Chu Sian, Khairul anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin)
Pasukan Wanita Terbaik
Pasukan renang Berirama Wanita Kebangsaan
(Katrina Ann, Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Lee Yhing Huey, Mmanuelle Mah Thil Da)
Anugerah Jurulatih Kebangsaan
Lelaki - Syed Mohd Hussain Syed Mazlan (Berbasikal)
Wanita – Rosniza Abu Bakar (Gimrama)
Olahragawan Paralimpik Lelaki Kebangsaan
Allahyarham Muhamad Salam Sidik - Memanah
Olahragawan Paralimpik Wanita Kebangsaan
Hemala Devi A/P Eni Kutty – Olahraga
Anugerah Kepimpinan Sukan
Datuk Seri Kee Yong Wee (Wushu)
Anugerah Khas
Shaharudin Jaafar (Berbasikal)
No comments:
Post a Comment