Showing posts with label Liga Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Liga Malaysia. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Piala Malaysia - Suku Akhir Selesai

Semua perlawanan Suku Akhir sudah selesai dan keputusannya diketahui.

Separuh Akhir akan berlangsung pada Rabu 20 Oktober 2010.

Separuh Akhir pertama

KEDAH  lwn KELANTAN di Stadium Darulaman

Logo

NEGERI SEMBILAN lwn JOHOR F.C di Stadium Tuanku Abdul Raman, Paroi.

Negeri Sembilan FA crest   logo

Sunday, November 01, 2009

Memburu Piala Malaysia

Piala Malaysia musim 2009 sudah sampai ke kemuncaknya dengan dua pasukan akan bermain untuk menentukan siapakah jaguh bolasepak Malaysia tahun ini.

Kelantan yang kali terakhir 39 tahun lalu menjejakkan kaki ke pertandingan akhir mencipta sejarah tahun ini dengan sekali lagi sampai ke perlawanan akhir. Lawan mereka ialah Jang hoben jang, Negeri Sembilan.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7hb. Oktober 2009 amat bermakna bagi kedua-dua pasukan.

Bagi Kelantan ia ingin mencipta sejarah dengan membawa balik piala berprestij bolasepak negara itu ke negeri Cik Siti Wan Kembang sementara Negeri Sembilan pula untuk menghadiahkan kemenangan itu kepada Yang Dipertuan Besar ke 11, Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir baru ditabalkan pada 26 Oktober yang lalu.

Kelantan berjaya mengenepikan Perlis setelah menang dengan agregat 5-1 di Stadium Utama Kangar.


Negeri Sembilan pula, ini merupakan kali keempat mereka mara ke Final Piala Malaysia iaitu 1948 (HMS Malaya), 2000 dan 2006. Pada tahun 1948, Negeri Sembilan muncul juara setelah mengalahkan Selangor 2-1.

Negeri  Sembilan pula menafikan Terengganu untuk mara ke Akhir setelah menang dengan agregat 4-1

Kredit gambar: Berita Harian Online

Wednesday, October 14, 2009

Percaturan Selangor Untuk Piala Malaysia?

Pasukan yang akan meneruskan kemaraan kepusingan suku akhir sudah diketahui selepas perlawanan yaqng diadakan malam tadi.

Selangor, Kelantan, KL PLUS, Johor FC, Perlis, Terengganu dan KM Naza telah berjaya meneruskan saingan untuk merebut Piala Malaysia 2009. Persaingan tahun ini menyaksikan tiga pasukan berstatus kelab berjaya ke suku akhir.

Melihat pada keputusan perlawanan pada 13 Oktober 2009, apa yang agak memeranjatkan ialah kekalahan Selangor kepada pasukan kelab, KM Naza. Wajarkah Selangor tewas setelah menunjukkan prestasi semerlang pada tahun ini. Adakah Selangor sengaja tewas kepada KM Naza untuk mengelakkan daripada Kedah meneruskan kemaraan? Adakah Selangor lebih takut untuk berhadapan dengan Kedah berbanding pasukan lain?

Sekiranya Selangor mengalahkan KM Naza bererti Kedah akan mara ke Suku Akhir, jadi Selangor memberikan kemenangan kepada KM Naza (yang pada ketika itu mengumpul 9 mata) dan membolehkan   mereka mara. Ini saya kira satu percaturan Selangor untuk menyingkirkan Kedah yang walaupun menewaskan Pulau Pinang 4-0 tetapi hanya mengumpul 10 mata. Ini bermakna sekiranya KM Naza tewas, Kedah akan mara. Saya rasa inilah percaturan yang diaturkan oleh Selangor.

Namun tahniah kepada KM Naza kerana berjaya mencalarkan rekod Selangor (tewas kepada pasukan kelab) dan mewakili Kedah ke pusingan seterusnya.



Saturday, August 23, 2008

Malaysia Cup 2008 Final - The Heat Is On

Tonight is the final of the 2007/2008 season. Kedah will be facing Selangor. Kedah is on the way of making a double treble after doing it last season. This is history in the making which will be quite difficult for another team to erase the record. Selangor was the first team to make a treble but was cut short from making it a double after Kedah took is away from them. Whatever it is in history, Kedah has already been in the lead with the tittles they have won. Its up to the team do seal the record in the history book of Malaysia sports.

The final will be played at the National Stadium in Bukit Jalil.


Friday, August 15, 2008

Piala Malaysia 2008

Perebutan Piala Malaysia semakin sampai ke kemuncak dengan dua lagi perlawanan timbal balik antara empat pasukan terbaik setakat ini. Kedah akan bertandang ke Terengganu dan Selangor ke Johor. Setakat ini Kedah sedang mendahului Terengganu 3-0 setelah tamat perlawanan pusingan pertama sementara Selangor mendahuli Johor FC dengan 2-0. Kedua-dua pasukan ini berada dalam kedudukan selesa setakat ini dan 90 minit berikutnya pada 16 Ogos yang akan menentukan siapa akan melangkah ke Final pada 23 Ogos nanti. Kedah dalam pemburuan piala ketiga tahun ini untuk mencipta rekod yang sukar untuk diatasi oleh negeri-negeri lain sementara Selangor pula dalam misi mengagalkan Kedah dan mengembalikan statusnya yang tercemar setelah mencatat sejarah dengan menjadi pasukan negeri pertama memenangi treble pada tahun 2007 sebelum dipadamkan oleh Kedah pada tahun 2007.

Kita telah menyaksikan pertemuan Kedah - Selangor dalam Piala FA dengan kemenangan berpihak kepada Kedah 3-2. Kini sekali lagi Kedah dijangka akan bertemu dengan Selangor untuk merebut piala paling berprestij dalam kancah bolasepak negara.

Sunday, July 13, 2008

Canaries Can't Afford To Loose Anymore

Now that they came third with 2 points from the top two in the table can't afford to loose any points now since the gap is very close. Police and Johor FC both have 14 points.

The Canaries leapfrogged over Kuala Lumpur into third place in the group after defeating the latter 4-1 at the KLFA Stadium in Cheras. Kedah will entertain Sabah on 15 July at Darulaman Stadium and Johor FC on 2nd August away. Any lost matches will jeopardies their quarter final berth. Johor FC will be the stumbling block for the canaries.

Saturday, June 28, 2008

Kedah Tewas Kepada Kuala Lumpur

Kedah tewas mengejut kepada Kuala Lumpur di Stadium Darulaman, Alor Setar dalam kempen Piala Malaysia mereka. Kekalahan 1-0 itu memang mengejutkan memandangkan Kedah berada pada tahap prestasi yang cemerlang setakat ini selepas menjuarai Liga Super dan mengekalkan Piala FA dengan mengalahkan Selangor, The Red Giants. Kecemerlangan mereka diteruskan dengan menewaskan Pulau Pinang. Ini merupakan kekalahan pertama pasukan Kenari itu selepas beberapa ketika berada di kemuncak prestasi. Namun demikian Performance is temporary. Kekalahan adalah merupakan satu wake-up call untuk pasukan kenari.

Laporan Buletin TV3 malam ini 28 Jun 08, pula telah membuat satu rumusan yang tidak adil dengan mengaitkan kekalahan Kedah itu disebabkan kegagalan Kerajaan Negeri Kedah mengagihkan wang kemenangan Liga Super dan Piala FA. Mengapa pula dikaitkan kerajaan negeri dengan kekalahan itu sedangkan yang bertanggungjawab ialah KFA yang sepatutnya menguruskan hal berkenaan dan bukannya kerajaan. Ini bagi saya satu laporan tidak adil dan berbau politik oleh pihak Media Prima.

Laman Web FAM

Laman web ini tidak banyak berfungsi untuk menyebarkan maklumat. Saya melayari untuk melihat kedudukan pasukan-pasukan mengikut Kumpulan tetapi tidak ada. Entahlah jika anda ada menjumpainya. Format laman web ini juga tidak menunjukkan profesionalismenya. Lawatlah laman web ini dan lihat sendiri apa yang saya maksudkan. Pengendali laman web ini bagi saya adalah seperti melepaskan batuk di tangga.

Sunday, April 06, 2008

TM Liga Super

Malam ini RTM 1 menyiarkan siaran langsung perlawanan bolasepak TM Liga Perdana. Beberapa perlawanan berlangsung malam ini tetapi perlawanana Kedah dan Selangor adalah merupakan perlawanan highlight. Kedah berada di tangga teratas dengan 47 mata sementara Selangor di tangga kedua mengumpul 42 mata.

Aku tidak ke Stadium Shah Alam kerana aku merasakan satu badi untuk pergi menonton perlawanan yang melibatkan Kedah. Ini kerana setiap kali aku hadir untuk melihat perlawanan Kedah, pasti Kedah akan kalah. Aku merasakannya sejak tahun 80an lagi dengan perlawanan pertama Kedah- Sabah dimana Kedah tewas kepada Sabah 1-0 di Stadium Darulaman.

Aku hanya menonton TV sahaja dan keputusannya

KEDAH- 1 ---------SELANGOR - O
Gol kemenangan dijaringkan oleh Saramsak Kram pada minit ke 18

Hasil daripada keputusan tersebut kini Kedah melebarkan lagi jaraknya daripada Selangor dengan mengutip 50 mata dengan Selangor masih kekal 42. Keputusan ini juga mendekatkan lagi Kedah untuk menjuarai Piala Liga Super untuk kali kedua.

Lain-lain keputusan adalah seperti berikut:

PDRM O ------------- PAHANG O
TERENGGANU O --------- PERLIS O (Perlawanan ditunda kerana lampu limpah rosak)
DPMM FC 3 --------------- PULAU PINANG 3
UPB MYTEAM 4 -----------SARAWAK O
PERAK 1 ------------------ JOHOR FC 2

PERLAWANAN KEDAH SETERUSNYA
12 April lwn Terengganu di Stadium Darul Aman
19 Apr lwn PDRM di Stadium Selayang
26 Apr lwn PAHANG di Stadium Darul Aman
03 Mac lwn PERLIS di Stadium Kangar


Saturday, December 23, 2006

Perlawanan Kedah-Sarawak di tunda

Hairan mengapa pihak Jawatankuasa Pertandingan FAM boleh menunaikan permohonan Sarawak untuk menangguhkan perlawanan yang telah diatur. Alasan permohonan Sarawak itu ialah kerana ketiadaan tempat untuk penerbangan balik ke Kuching selepas berkunjung ke Alor Setar memandangkan musim perayaan iaitu Krismas.

Dalam hal ini ia menunjukkan betapa tidak profesionalnya pengurusan pasukan Sarawak itu kerana tidak dapat mengatur perjalanan lebih awal. Jadual perlawanan telah disusun lama dahulu dan pada ketika itu sudah sepatutnya pengurusan pasukan sudah mengatur perjalanan pasukannya. Inilah kesannya jika mentaliti pengurusan pasukan mengamalkan urusan di saat akhir. FAM telah menaikkan taraf liga negara ke tahap profesional tetapi nyata banyak pihak tidak mampu melaksanakannnya secara profesional.

Bagi saya Azraai Khor ada alasan untuk merasa keciwa dengan FAM kerana kerja sambil lewa itu.


AFFILIATE

Powered By Blogger