Showing posts with label jurulatih. Show all posts
Showing posts with label jurulatih. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014

Mendahului dengan jaringan 4-1 adalah sesuatu yang menakjubkan bagi sebuah pasukan yang lebih kurang sama tahap kemahiran dan permainan antara Singapura dan Malaysia itu. Pada asasnya tidak sepatutnya pasukan Malaysia membiarkan lawan mendahului dengan jaringan yang begitu banyak dalam masa hanya 45 minit. Jurang jaringan yang agak lebar itu boleh dianggap sukar tetapi dapat dirapatkan oleh pemain Malaysia tetapi dalam separuh masa kedua, semangat juang yang ditunjukkan berjaya merapatkan jurang kepada hanya perbezaan 1 gol wajar mendapat pujian. Sekurang-kurangnya dapat melegakan hati peminat dan penyokong pasukan bolasepak Malaysia sebelum ditambah satu lagi oleh Singapura menjadikan keputusan shingga ke akhir perlawanan 5-3.
Masih ada 90 minit lagi untuk pasukan Malaysia terus merapatkan jurang itu dengan sekurang-kurangnya seri, dan kali ini di gelanggang sendiri, di hadapan penyokong sendiri dan dengan berbekalkan 3 jaringan di tempat lawan sebagai penawar sekiranya berlaku seri pada 28 Julai kelak. Adalah diharapkan pemain dapat bangkit semula dan jadikan kekalahan di Stadium Jalan Besar itu sebagai iktibar dan tidak memandang rendah pasukan negara jiran itu.
Semoga pasukan Malaysia dapat melihat di manakah kelemahan yang ada dan jika berjaya mengekang Singapura kelak, cabarannya adalah lebih sukar.
Saya ada membaca komen-komen dalam Facebook yang memberikan alasan padang turf di Stadium Jalan Besar itu, salah satu sebab pemain negara tidak dapat memberikan persembahan yang baik. Sememangnya benar komen itu kerana bermain di atas padang turf dan rumput biasa berbeza kerana bola leret akan menjadi lebih laju disebabkan friction yang kurang dan turf yang kering berbanding rumput yang sedikit lembab.
Di Kuala Lumpur ada sebuah padang sintetik ini di Majlis Sukan Negara dan milik FAM tetapi mengapa Datuk K Rajagopal tidak mengambil kesempatan untuk berlatih di situ bagi tujuan penyesuaian. Saya bukanlah sehebat Datuk K Rajagopal untuk menegurnya tetapi semasa memberikan ceramah dalam Kursus Sains Sukan Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan salah satu aspek yang jurulatih perlu ambil perhatian ialah The Coaching Process.
The Coaching Process ini meliputi Data Collection, Diagnosis, Blueprint, Implementation, Evaluation. Di bawah data collection, jurulatih hendaklah mendapatkan dan mengumpul segala data yang boleh dijadikan ramuan untuk membuat program latihan. Dalam hal ini permukaan gelanggang dan bersekitaran adalah data yang perlu diambil kira oleh jurulatih. Jika Datuk K Rajgopal tahu yang Stadium Jalan Besar itu menggunakan padang turf, mengapa tidak berlatih di padang yang sama di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil. Lagi pun latihan pasukan Malaysia bukanlah dirahsiakan dan peminat kena bayar untuk masuk menonton latihan. Sekurang-kurangnya pemain dapat menyesuaikan diri dengan permukaan padang dan kelajuan bola.

Sunday, June 05, 2011

Tahniah Datuk K.Rajagopal

Blog ini mengucapkan tahniah kepada jurulatih kebangsaan Malaysia Rajagopal Krishnan atas pengurniaan Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk, oleh  Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin 
 

MS - Bila pula bekas atlet wanita kebangsaan Pn. Hjh. Zaiton Othman mendapat pengiktirafan seperti itu.

Friday, May 20, 2011

Klinik Kejurulatihan Baseball BFA 2011

Persekutuan Besbol Malaysia merancang untuk menganjurkan satu klinik di Kuala Lumpur bagi tujuan meningkatkan lagi mutu kejurulatihan Besbol di negara ini. 

Klinik tersebut dijangkan diadakan pada 20 hingga 29 Jun 2011. Persekutuan Besbol Asia akan menghantar seorang jurulatihnya untuk memberikan tunjukajar di dalam klinik berkenaan. 

Jurulatih-jurulatih Besbol adalah dijemput untuk memohon mengikuti klinik ini. Permohonan boleh dikemukakan kepada zaharibb@gmail.com dengan segera kerana tempat adalah terhad. 

Sunday, May 01, 2011

What Is NABACORI

The name was coined by General Secretary of Baseball Federation Malaysia. It is an initiative to register Baseball Coaches in Malaysia so that the association can plan development programs for them. 

Baseball enthusiast in Malaysia, local or foreigner who is taking baseball as their sports and want to be a coach can send their particulars to the association. 

 To aid easy access to interested parties, one can follow these steps to register yourself. Send the following particulars by email to baseballmalaysia@gmail.com. with the subject NABACORI registration.



Nama:
NRIC:
Alamat:
Pekerjaan:
Nama & Alamat Majikan:
No. HP:
E-mail:
Pengalaman (sbg jurulatih/pemain):


Sunday, April 17, 2011

Klinik Kejurulatihan Baseball 2011 di Perlis

Baseball bukan lagi sukan yang popular di kalangan peminat sukan Malaysia. Namun Persekutuan Besbol Malaysia tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan sukan ini. 

Salah satu usaha ke arah memajukan uskan ini ialah dengan menyediakan jurulatih untuk membantu pembangunannya. 

Sempena dengan Kejohanan Inter Varsity Piala Canselor 2011 yang dianjurkan oleh UniMAP pada bulan Mei nanti, satu klinik kejurulatihan akan dianjurkan bertempat di UniMAP pada 23 dan 24 April 2011. Klinik itu akan dibimbing oleh seorang pakar Baseball dari luar negara dan semua jurulatih yang berminat boleh menghadirkan diri. Mana-mana jurulatih yang berminat boleh menghubungi penulis blog ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Wednesday, July 14, 2010

Azrai Khor Meletak Jawatan

Sewaktu menulis draf ini saya baharu sahaja dengar apa yang disebutkan melalui Buletin Utama dan ianya belum di umumkan. 

Saya sudah menulis bahawa mana-mana jurulatih yang berjaya di peringkat negeri dan ditawarkan untuk melatih pasukan kebangsaan adalah merupakan langkah permulaan ke arah kejatuhan kariernya. Ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman jurulatih lepas yang menghadapi nasib yang sama. 

Apakah badinya bagi jurulatih tempatan yang berkaliber akan menemui pengakhir jalan kecemerlangannya apabila mengalas misi sebagai jurulatih kebangsaan, tidak pula diketahui. Hanya FAM yang mungkin ada sebab musababnya. 

Baca kembali tulisan saya, Maka Jurulatih Kebangsaan Pun Dikenalpasti.

Saya adalah seorang penulis blog standard jalanan tetapi pengamatan saya nampaknya menjadi kenyataan. 

Siapa pula yang akan menjadi mangsa keadaan selepas Azrai Khor?

Catatan: Posting ini baharu dipublish selepas pengumuman resmi dibuat oleh Setiausaha Agong FAM dan disiarkan melalui Buletin Utama malam ini (14 Julai 2010)

Saturday, May 01, 2010

Semangat Macam Tikus?

Saya tertarik untuk menulis posting ini selepas membaca luahan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzudin Ahmad yang disiarkan dalam MyMetro Semangat Macam Tikus. Sambil membaca terlintas juga difikiran saya apakah jurulatih bolasepak negara kita sama tahap pemikiran dengan atlet iaitu jaguh kampung. 

Salah satu yang disebut ialah alasan tiada pemain import menyebabkan jurulatih tempatan tidak bersedia untuk membawa pasukannya bertanding dengan pasukan luar negara. Memang alasan seperti ini tidak sepatutnya menjadi satu isu kerana selama mana kita harus bergantung kepada pemain import. Saya rasa salah satu kemerosotan pemain kita khususnya di barisan hadapan dalam liga tempatan kita ialah sejak penglibatan pemain import. Dengan kehadiran pemain import sedikit sebanyak telah mempengaruhi pasukan-pasukan negeri untuk membangunkan pertahanan sementara tugas menjaringkan gol dilaksanakan oleh penyerang import. Nampaknya mentaliti kita masih lagi dibendung dengan pemain import lebih baik dari pemain tempatan. Ini saya rasa salah satu peninggalan penjajah yang masih membelenggu pemikiran kita yang harus dikikis. 

Alasan yang diberikan oleh K Devan selepas tersekat di Piala AFC dan Wan Jamak yang tidak berseda untuk menyertai kejohanan yang sama musim depan adalah contoh yang membuatkan Datuk Azzudin mengelar mereka sebagai Semangat Macam Tikus itu. Datuk, saya bersetuju dengan pendapat Datuk. Sempai bila kita hendak terus bergantung kepada tenga import?

Tuesday, July 28, 2009

Taklimat Penilaian Dan Pemantauan Jurulatih

Satu taklimat kepada jurulatih-jurulatih yang berkhidmat di bawah program Majlis Sukan Negara telah diadakan di Auditorium 2 MSN hari ini. Taklimat tersebut ialah untuk kumpulan jurulatih yang akan tamat kontrak mereka pada tahun ini sebelum disambungkan kontrak baru.
Antara jurulatih yang hadir dalam taklimat tersebut

Mulai tahun ini semua jurulatih yang berkhidmat dengan Majlis Sukan Negara akan dipantau secara bersistematik. Inilah kali pertama tugas ini dilaksanakan oleh MSN yang dikendalikan oleh Unit Pemantauan dan Penilaian Jurulatih (P&P) Cawangan Kejurulatihan.

Tugas memantau akan dilakukan oleh beberapa pihak yang telah dikenalpasti bagi membolehkan jurulatih mendapat penilaian yang lebih adil dan tidak berat sebelah. Pihak-pihak yang terlibat termasuklah Pengurus Sukan masing-masing dari Cawangan Elit, Pelapis dan Paralimpik disamping pihak Persatuan Sukan Kebangsaan. Jurulatih-jurulatih ini juga akan dipantau secara berterusan oleh pegawai-pegawai dari Unit P&P Cawangan Kejurulatihan bagi membolehkan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan dipertanggungjawabkan.

Ketua Unit P&P, En Jasni Ladin telah memperjelaskan bahawa pemantauan terhadap jurulatih bukanlah untuk mencari kesalahan dan kesilapan tetapi sebagai satu cara untuk membantu mereka mendapat ganjaran yang sewajarnya berdasarkan pencapaian dalam tugas masing-masing kerana ada rekod secara hitam putih.

Friday, June 26, 2009

KETUA JURULATIH DIBERI TAKLIMAT PENILAIAN

Bertempat di Auditorium 1 Majlis Sukan Negara telah diadakan satu taklimat tentang Penilaian dan Pemantauan Jurulatih di bawah program-program Majlis Sukan Negara. Ini merupakan langkah pertama bagi MSN untuk menilai jurulatih sama ada tempatan mahupun luar negara tentang tahap profesionalisme mereka.

Melalui proses ini semua jurulatih di semua tahap dikehendakki mengisi Borang Penilaian Prestasi setiap tahun. Borang ini adalah seperti Borang SKT yang diisi oleh semua penjawat awam di negara ini. Jurulatih akan dinilai sekurang-kurangnya tiga kali setahun sebagai satu asas untuk kenaikan gaji atau elaun ataupun penyambungan kontrak.

Penilai-penilai akan terdiri daripada Pengarah-pengarah Cawangan dan Pengurus Sukan yang mana jurulatih mereka terlibat, Ketua Jurulatih dan Pegawai Unit Pemantauan dan Penilaian Cawangan Kejurulatihan.

Menurut Pengarah Cawangan Kejurulatihan dalam ucapannya proses penilaian ini akan menjadi satu cara untuk mendokumenkan kerja-kerja jurulatih yang digaji oleh Majlis Sukan Negara bagi menjustifikasi penggunaan wang awam.



Thursday, June 18, 2009

Kaizen Untuk Jurulatih

Baru-baru ini Unit Continuing Coaching Education, Cawangan Pengurusan Kejurulatihan telah menganjurkan satu klinik pengurusan sukan melalui kaedah Kaizen bertempat di Majlis Sukan Negara.

Kaizen dalam Bahgasa Jepun yang bermaksud perubahan (kai) ke arah menjadi lebih baik (zen) ialah satu kaedah peningkatan kualiti pengurusan yang berterusan dalam meningkatkan kualiti kerja dan produk. Apabila kualiti pengurusan meningkat ia akan mempengaruhi peningkatan kualiti sumber juga iaitu manusia yang seterusnya memberikan output yang juga berkualiti.

Jurulatih yang terlibat dengan program pembangunan dan elit MSN telah hadir. Klinik sememangnya boleh memberikan munafaat kepada jurulatih dalam menguruskan latihan atlet dengan lebih berkualiti.

Asas kepada kaedah Kaizen ialah:

  • Teamwork
  • Personal Disipline
  • Improved morale
  • Quality circles
  • Suggestion for improvement.

Tiga faktor yang utama kepada asastersebut ialah:
membuang amalan 'buang masa' (muda) dan mengujudkan keberkesanan dalam segala urusan.

Bagi tujuan pengurusan kualiti dibawah konsep Kaizen ini terdapat lima S

  1. Seiri - tidiness
  2. Seiton -orderliness
  3. Seiso -cleanliness
  4. Seiketsu - standardized clean up
  5. Shitsuke - disipline
Rujuk juga SINI.


Wednesday, April 15, 2009

Maka Jurulatih Kebangsaan Pun Dikenalpasti

Sudah dapat diagak bahawa Mohd Azraai Khor, jurulatih yang membawa Kedah mencipta double treble dalam persaingan tertinggi bolasepak Melaysia, menjadi pilihan utama dari senarai jurulatih tempatan, untuk mengemudi pasukan kebangsaan. Mohd Azraai adalah merupakan jurulatih bolasepak yang paling berjaya yang ada di Malaysia pada masa ini. 

Walaupun lantikan Mohd Azraai Khor adalah sebagai khidmat kepada negara tetapi bagi saya ia merupakan permulaan detik kejatuhannya dalam bidang kejurulatihan bolasepak seperti yang dialami oleh beberapa jurulatih kebangsaan lain sebelum ini dan mangsa terakhir ialah B. Sathianathan. Sebagai anak Kedah sememangnya saya rasa bangga kerana anak negeri saya merupakan jurulatih bolasepak terbaik di negara ini tetapi apa yang akan jadi jika pasukan negara tidak mencapai objektif yang disasarkan. 

Nama Luiz Felipe Scolari telah melonjak selepas berjaya   membawa Portugal hingga ke Separuh 
Akhir dalam Piala Dunia 2006 di German dan kemudian membawa Portugal sekali lagi ke peringkat kalah mati selepas menjuarai Kumpulan A dalam Euro 2008. Kejayaan-kejayaan tersebut   telah membawa Scolari untuk melibatkan diri dalam Liga Inggeris dengan membimbing pasukan Chelsea. 

Walau bagaimanapun kariernya dengan Chelsea tidak begitu memberansangkan sehingga menyebabkan beliau dipecat dari pasukan Chelsea. 

Berbalik kepada Azraai saya rasa beliau juga akan menerima basib seperti Scolari. Portugal adalah pasukan yang kerdil sebelum berjaya di bawah pimpinan Scolari. Sama jugalah Kedah walaupun telah meletakkan diri dalam kumpulan elit bolasepak negara tetapi dibarisi oleh pemain-pemain muda dan kurang berpengalaman. Chelsea pula adalah merupakan antara pasukan terbaik dalam Liga Inggeris dengan dibarisi bintang-bintang bolasepak dunia. Begitu juga pasukan kebangsaan negara adalah dibarisi bintang-bintang bolasepak negara. Seperti juga antara Portugal dan Chelsea  perbezaan antara Kedah dan pasukan kebangsaan adalah perbandingan yang sama pada pendapat saya. 

Namun ini hanya pendapat dan pandangan saya. Mungkin Mohd Azraai Khor lebih memahami keadaan semasa dan memadamkan badi bahawa melatih pasukan kebangsaan adalah langkah memusnahkan karier sendiri. 

Gambar diambil dari Wikipedia

Wednesday, January 21, 2009

Harga Jurulatih Luar Negara?

Apa! RM 24,500 untuk gaji seorang jurulatih luar negara? Itulah pendedahanyang dibuat oleh Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan (NSAM), Majer (B) Jasni Shaari. Daripada mencurahkan gaji sebanyak itu sebulan kepada seorang jurulatih luar negara, adalah lebih baik menggunakan peruntukan itu untuk menghantar jurulatih kita ke luar negara dan menimba ilmu di sana. Sekurang-kurangnya jurulatih tempatan yang mendapat ilmu di luar negara akan dapat berkhidmat untuk rakyat sendiri berbanding jurulatih luar negara. Lazimnya tidak berlaku 'transfer of technology' daripada jurulatih luar negara kepada jurulatih tempatan. 

Alamak!! Janganlah Berlaku Pula Di Malaysia

Harap janganlah ianya berlaku di Malaysia. Satu berita dalam mStar bertajuk 'Suami dipenjara, Amy Winhouse main gila dengan jurulatih sukan' 

Dilaporkan penyanyi British, Amy Winehouse telah jatuh cinta dengan seorang jurulatih sukan sejak balik dari percutian di Pulau St Luci di Caribbean. 

Bukanlah nak cerita yang bercinta itu salah bagi ahli sukan atau jurulatih sukan tetapi janganlah sampai menjadi skandal. Jurulatih sukan adalah merupakan individu yang terhormat kerana dia melatih orang lain untuk menjadi sihat, kuat dan berjaya. Jurulatih sukan ibarat lilin yang banyak berkorbanuntuk kejayaan orang lain. Apabila atletnya berjaya, biasanya orang tidak akan memberi tahniah kepada jurulatih tetapi kepada atlet itu sendiri. Jurulatih adalah orang di belakang tabir. 

Jurulatih ada etikanya. Di bawah sistem pelesenan jurulatih di Malaysia, semua jurulatih yang layak mendapat lesen kejurulatihan dikehendakki menandatangani satu aku janji untuk mematuhi etika kejurulatihan yang ditetapkan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK). Etika kejurulatihan ini diujudkan oleh LKK selepas peristiwa Allahyarham Rabiah Salam meninggal dunia kerana didakwa ada hubungkait dengan seorang jurulatih. Jurulatih itu pun sudah dijatuhkan hukuman penjara. 


Friday, December 12, 2008

Kursus Sains Sukan Tahap III

Mulai 15 Disember ini sehingga 23 Disember 2008, seramai 30 orang jurulatih sukan akan mengikuti Kursus Sains Sukan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). Kursus ini akan diadakan di Hotel Pearl International, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur. 

Kursus ini merupakan kursus pilot yang berdasarkan kepada kurikulum baru yang telah dikaji semula agar selaras dengan perkembangan semasa sains sukan. Jurulatih yang akan turut serta adalah terdiri daripada mereka yang sedang berkhidmat di bawah berbagai program pembangunan Majlis Sukan Negara. 

SPKK adalah merupakan satu-satunya skim pendidikan kejurulatihan di negara ini yang diiktiraf untuk menunjukkan kelayakkan seseorang jurulatih itu dalam sukan. Malah kursus ini juga dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam kepada jurulatih-jurulatih mereka. 

Thursday, November 13, 2008

Resolusi Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008

Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008 sudah berakhir dan ini merupakan konvensyen terbaru selepas yang akhir sekali diadakan pada tahun 1996 di Langkawi. 

Malam tadi dalam Buletin Utama disiarkan lawatan YB Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Sabri Ismail ke tapak yang dicadangkan untuk dijadikan Akademi Badminton negara. Akademi ini telah disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya sempena Konvensyen sukan tersebut. Saya rasa ini satu reaksi pantas diambil oleh YB Menteri Belia dan Sukan bersama Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan juga Datuk Nazmi, Presiden BAM. 

Seperti dalam mana-mana konvensyen, pastinya berakhir dengan usul dan resolusi. Jadi dalam konvensyen kali ini resolusi yang di usulkan ialah:

  • Mengenalpasti badminton, memanah, berbasikal, terjun, menembak, perahu layar dan hoki sebagai sukan yang ada potensi memenangi pingat dalam sukan Olimpik 2012 di London. 
  • Perancangan menubuhkan universiti sukan
  • Penjenamaan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil sebagai Bandaraya Sukan dan menjadikannya sebagai one-stop centre untuk sukan. 
  • Mengujudkan blueprint yang diselaraskan bersama oleh semua agensi berkenaan (Kementerian Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan dan sebagainya)
  • Mengalakkan dan meransang pendekatan Sains Sukan di semua negeri. 

  • Melaksanakan dengan segera kaedah "star rating" terhadap persatuan-persatuan sukan kebangsaan. 
  • Menindahkan sekolah sukan ke bawah bidangkuasa Kementerian Belia dan Sukan.
  • Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara disatukan semula dan tidak berkhidmat sebagai dua badan berkanun berasingan. 
  • Memastikan guru Pendidikan Jasmani di sekolah bertanggungjawab hanya terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani dan tugas-tugsa kejurulatihan sahaja.   
  • Akta Pembangunan Sukan dan Dasar Sukan Negara dikaji semula agar lebih mesra dengan Persatuan Sukan Kebangsaan. 

Rujukan laporan media 

Sports Minister wants changes to begin right now - The Star.

Badminton: Misbun ready to bring up young talented players - The Star.

Sports City dream to become a reality - NST. 

"This was already planned when I headed the Merdeka Stadium Corporation (the managers of the National Sports Complex)," said Ismail Sabri yesterday. 

"The problem before was that the land where the complex is situated on was not under the Sports Ministry's name. However, the Cabinet recently agreed to transfer the title to the Sports Ministry and the re-branding of the sports complex will take place soon." 

The complex houses the National Stadium, the National Hockey Stadium, the Putra Stadium, the National Aquatic Centre and the National Squash Centre. 

The National Sports Council, National Sports Institute and Bukit Jalil Sports School are also situated there. 

University Idea shot down - NST. 

Delegate lash out at media - NST

Sasaran gagal dipenuhi - Berita Harian. 

Bukit Jalil jadi kota sukan Malaysia - Berita Harian. 

Universiti sukan perlu pertimbangan serius - Berita Harian. 

Delegates want school under Sports Ministry - NST

Saturday, September 13, 2008

Sports Science Course For Sabah Teachers

The Sports Science course under the National Coaching Accreditation Scheme(NCAS) was incepted since 1987 and it has been going on till today. The program to educate local coaches with Sports science knowledge is one of the components of the NCAS. The other two are Sports Specifics and Practicum.

Last week concluded with one Sports Science course at Kompleks Tabung Haji in Kota Kinabalu. The course organised by Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum(BSSK) of Malaysian Ministry of Education was attended by 38 teachers from all over Sabah. The course was organised not only to educate the coaches but also to certify them before being qualified to train at the Pusat Latihan Daerah and being paid allowances. The course was organised in collaboration with National Sports Council. 

The closing ceremony was officiated by The Director of BSSK, En. Jame @Maikal bin Alip. 


Friday, July 11, 2008

Jurulatih Dipenjara Empat Tahun

Bekas jurulatih olahraga M. Ramachandaran telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas tuduhan mencabul atlet pada tahun 90an lalu. Hukuman tersebut sebenarnya dijatuhi oleh Hakim Mahkamah Session, Zainun Ali pada 8 Nov 1996 tetapi ditangguhkan atas rayuan tertuduh.

Berita sepenuhnya dari The Star :

PUTRAJAYA: Former national athletics coach C. Ramanathan will now serve four years in jail for molesting two under-aged athletes after the Court of Appeal here allowed an appeal by the prosecution against his acquittal.

Court of Appeal judge Justice Zainun Ali, who sat together with Justice Abu Samah Nordin and Justice Sulong Matjeraie, said the Bench was satisfied that the Sessions Court judge had given maximum evaluation to the entire proceedings of the molest case.

Sessions Court judge Umi Kalthum had on Nov 8, 1996 sentenced Ramanathan to four years' jail on each of two charges of molesting the junior athletes in Room 1015 at Maba House between Oct 23 and Oct 27, 1992.

The athletes, who were 15 and 16 then, were attending centralised training for the Asian junior Athletics Championship in New Delhi.

Both sentences are to run concurrently.

The High Court judge Justice Abdull Hamid Embong had on Jan 19, 2005 acquitted the former coach after ruling that the Sessions Court judge had inordinately delayed in writing the grounds of judgment for him.

The Bench ruled that the delay in writing the judgment by the Sessions Court judge for five years would not impair the entire proceedings unless it can be shown that there was a miscarriage of justice.

Justice Zainun said the Bench was satisfied as the Sessions Court judge had recorded her observation on various demeanours of witnesses when it was not mandatory to do so.

"The Sessions Court judge had also noted the need to be concerned about his (ex-coach) testimony," said Justice Zainun.

Besides that, Justice Zainun ruled that the Sessions Court judge had used the correct standard of proof and that the High Court judge also acknowledged it.

On the issue of delay, the Bench ruled that it has to be clear whether the delay was in delivering the court decision or in writing the judgment.

"There is no miscarriage of justice as the decision had been delivered to him in less than a month after his defence was called," she said.

Hence, she said the grounds of judgment given five years later may not be sufficient to say "justice has been delayed".

"Therefore, the conviction and sentence imposed by the Sessions Court judge is affirmed and the High Court decision is set aside and the appeal is allowed," said Justice Zainun who ordered Ramanathan to serve his jail term immediately. Upon application by his lawyer Karpal Singh for the case to be remitted to the High Court to hear on its merits, Justice Zainun said the Bench has considered the merits and that it did want to disturb the findings of fact by the Sessions court judge.

Karpal Singh later said that he would apply for a judicial review at Federal Court under Rule 137 of the Federal Court Rules 1995. - The Star

Saturday, June 28, 2008

Kursus Kejurulatihan - Sains Sukan

Hari ini Sabtu, 28 Jun 2008, seramai 26 orang jurulatih sukan telah mengikuti satu peperiksaan Kursus Sains Sukan Tahap II bertempat di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil. Kumpulan jurulatih ini yang majoritinya adalah jurulatih kebangsaan dipilih dari berbagai sukan dan kursus ini bertujuan untuk menguji kurikulum yang telah dikaji semula. Ini merupakan kursus Tahap II yang pertama untuk tahun ini. Bagi mendapatkan jadual kursus untuk tahun ini sila lawat laman web Institut Sukan Negara.

Majlis Sukan Negara telah melaksanakan Kursus Sains Sukan ini sejak tahun 1987 lagi dan kurikulum kali ini merupakan kajian kali ketiga. Jika jurulatih ini lulus dalam peperiksaan yang diadakan mereka layak untuk memohon untuk pendapatkan sijil penuh Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangaan (SPKK) dan seterusnya layak untuk memohon mendapatkan lesen kejurulatihan dari Institut Sukan Negara.

Saturday, January 12, 2008

Hire Coaches With Sports Science

Malaysia has start to take Sports Science since 1986 when the National Coaching board was set up by the government. Since then the National Sports Council has been organising Sport Science courses for local coaches to expose them with the knowledge. However as a new area, most coaches are still skeptical about the subject and many try to shy away.

Today many young coaches are already opened up to be exposed to the sciences and in a few years to come, they will replace the old timers who think they can't cope with this area of science for sports.

During her visit to National Sports Institute recently, the Sports Minister Datuk Seri Azalina Othman Said urged the National Association to employ only coaches with sports science background and knowledge. As it is there are still coaches who train national athletes who are without sports science and worse still no coaching certificates. They are employed because they have been producing athletes before and boast that without sports science they are still productive. We do not deny that without sports science athletes can still be produced but with sports science the athletes can sustain a longer athletic career without damaging their human characteristics one of them is injury.




Sunday, April 22, 2007

Jurulatih Yang Berjaya

Salah satu kriteria untuk menjadi seorang jurulatih yang berjaya ialah stadil emosi. Ini telah dibincangkan di bawah topik Memahami Sukan dalam Kursus Sains Sukan tahap I Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). Bagi menjadikan diri seorang jurulatih yang berjaya ia hendaklah boleh mengawal emosinya dalam apa jua hal.

Saya membangkitkan perkara ini untuk dihubungkaitkan dengan peristiwa jurulatih Negeri Sembilan, Hetem Soussi yang telah menyerang dan mencederakan seorang penonton di Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Saya rasa tidak ada sesiapa yang akan bersimpati dengan sikap tidak proesional jurulatih tersebut. Apa yang lebih tidak profesional ialah beliau merempuh masuk ke kawasan penonton untuk menyerang. Sebaliknya jika penonton itu memasukki kawasan padang, maka ramai akan bersimpati kerana beliau diserang.

Peristiwa Hatem menyerang ini bukan perkara baru dalam sukan. Ia sudah banyak berlaku. Pergaduhan dalam sukan adalah satu lumrah kerana sukan disertai oleh manusia yang mempunyai perasaan dan emosi. Tetapi bagi pegawai sukan mereka hendaklah ada etika masing-masing kerana mereka adalah merupakan idola dalam dunia yang tersendiri.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tidak profesional’

“Kalau dia (Hatem) kata dia profesional, dia perlu tahu menjaga perilakunya dan bukannya membuat tindakan seperti itu.

“Dari mata kasar, apa yang dilakukan Hatem memang salah dari segi etika tetapi ia terpulang kepada jawatankuasa disiplin meneliti dan menilai apa yang berlaku sebelum menjatuhkan hukuman.

“Saya sangat berharap supaya semua jurulatih memiliki mental yang kuat ketika menghadapi sebarang tekanan termasuk daripada penonton, bersikap lebih sabar, mampu mengawal emosi dan menjadi contoh yang baik kepada pemain,” katanya.

Utusan : Presiden PBNS anggap tindakan Hatem memalukan

AFFILIATE

Powered By Blogger