Showing posts with label kecemerlangan. Show all posts
Showing posts with label kecemerlangan. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Anugerah Sukan Negara 2011

Majlis tahunan anjuran Majlis Sukan Negara telah berlangsung dengan jayanya di Palace of The Golden Horses dengan diserikan oleh keberangkatan KDYMM Yang di-Pertuan Agung XIV,  Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar Duli.

17hb April 2012 adalah acara gilang gemilang untuk meraikan seluruh warga sukan yang telah mengorbankan masa, tenaga dan juga wang ringgit untuk meningkatkan imej negara melalui sukan. Malam itu adalam malam warga sukan dan peminatnya. Majlis tersebut merupakan Edisi ke 46 sejak mula diujudkan pada tahun 1966.

Kemuncak majlis malam itu ialah dengan menobatkan olahragawan dan olahragawati negara untuk tahun 2011. Kali ini Jawatankuasa Pemilihan yang diPengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohid Momamed, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ialah:

ASN 2011

Credit: Foto Dato’ LCW dan Foto Pandalela Rinong

Pada malam tersebut juga beberapa kategori dan penghargaan lain juga diumumkan pemenangnya.

Pasukan Lelaki Terbaik

Memanah Lelaki Kebangsaan

(Cheng Chu Sian, Khairul anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin)

Pasukan Wanita Terbaik

Pasukan renang Berirama Wanita Kebangsaan

(Katrina Ann, Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Lee Yhing Huey, Mmanuelle Mah Thil Da)

Anugerah Jurulatih Kebangsaan

Lelaki - Syed Mohd Hussain Syed Mazlan (Berbasikal)

Wanita – Rosniza Abu Bakar (Gimrama)

Olahragawan Paralimpik Lelaki Kebangsaan

Allahyarham Muhamad Salam Sidik - Memanah

Olahragawan Paralimpik Wanita Kebangsaan

Hemala Devi A/P Eni Kutty – Olahraga

Anugerah Kepimpinan Sukan

Datuk Seri Kee Yong Wee (Wushu)

Anugerah Khas

Shaharudin Jaafar (Berbasikal)

Friday, July 29, 2011

MSN Wajar Hidupkan Semula Tunas Cemerlang

Terlintas di hati saya untuk menulis posting ini apabila melihat seorang remaja memakai baju dengan perkataan Tunas Cemerlang terpampang di dadanya. Program yang memberikan bimbingan sukan kepada golongan berusia 13 hingga 15 tahun kini sudah tidak ujud lagi.

Bagi saya program tersebut telah berjaya melahirkan ramai atlet muda dengan bimbingan kemahiran yang betul pada peringkat asas. Antara atlet muda yang berjala dilahirkan melalui program ini dulu ialah seperti Nik Nor Azura, Abdul Malik Tobias, Siti Mariam, Teh Weng Chang, Kamarudizaman, Moh siew Wei dan sebagainya.

Program ini yang dihidupkan pada tahun 1989 oleh Bahagian Pembangunan yang diketuai oleh Pengarahnya Tn. Hj. Zaki Abdul Rahman tetapi telah ditematkan dengan pengujudan program baru Sukan Teras. Sukan Teras juga sekarang sudah digantikan dengan Sukan Prestasi Tinggi.

Semasa Sukan Teras diujudkan dahulu ramai kawan-kawan saya bertanya pendapat semasa hendak memohon untuk melibatkan diri sama ada sebagai pegawai atau jurulatih. Jawapan yang saya berikan ialah program tersebut ditubuhkan berasaskan politik. Dan saya rasa pendapat saya itu ada asasnya kerana ia ujud dan hilang bersama Menterinya.

Sukan Teras telah digantikan dengan Sukan Prestasi Tinggi dan diuruskan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) dengan USPTN terdapat di setiap negeri. Walaupun kita sering dengar keputusan memberansang dari segi prestasi semasa dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan tetapi kita masih perlu satu ‘base’ yang lebih luas dan untuk mendapatkan ‘base’ yang luas sumbernya berada di sekolah.

Program Tunas Cemerlang melibatkan pelajar sekolah dalam lingkungan usia 13 tahun hingga 15 tahun dan kemudiannya diteruskan dengan program Tunas Cemerlang 2 bagi atlet-atlet terbaik yang meneruskan pelajaran di Tingkatan Empat dan Lima.

Saya rasa Program Tunas Cemerlang ini yang mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia melalui MSSM wajar dihidupkan semula bagi membolehkan USPT terus menerima atlet yang berkualiti untuk diketengahkan  melalui program mereka. Biarlah USPT benar-benar menguruskan atlet pelapis sementara Program Tunas Cemerlang sebagai gudang untuk membekalkan atlet berkualiti.

Monday, May 16, 2011

Sukan Malaysia 2011

sukma2(2).gifTahun ini diadakan sekali lagi Sukan Malaysia dan ini merupakan yang pertama ke arah menganjurkan sukan ini setiap tahun. Acara yang berselang seli dengan acara utama SUKMA ialah untuk memberi peluang kepada sukan-sukan lain yang tidak tersenarai di dalam SUKMA untuk mengambil bahagian. 

Sukan Malaysia yang berselang seli dengan SUKMA akan diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur. Laman web resmi Sukan Malaysia.



 maskot.png

Wednesday, December 29, 2010

2010 Tahun Gemilang Sukan Malaysia

Malam tadi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki telah berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta dan pasukan bolasepak Indonesia telah berjaya mengatasi Harimau Malaya (Malaysia) 2-1. Kesemua gol dijaringkan dalam separuh masa kedua. Pemain Indonesia telah bersungguh-sungguh mempamerkan kehebatan mereka dan nampak menguasai perlawanan memaksa barisan pertahanan Malaysia bekerja keras dan saya rasa penjaga gol Khairul Fahmi patut diberikan tahniah bukan sahaja kerana berjaya mengagalkan sepakan penalti yang diperolehi pasukan Indonesia tetapi bekerja keras mengawal pintu golnya daripada dibolosi.

Walaupun tewas 2-1 tetapi Malaysia tetap muncul sebagai juara dengan agregat 4-2 hasil daripada kemenangan 3-0 di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu. Tahniah kepada seluruh pasukan kebangsaan daripada barisan pemain sehinggalah ke pasukan sokongan yang bersama-sama mereka. Tidak ketinggalan ucapan tahniah diberikan kepada jurulatih K Rajagopal yang berjaya menbawa keluar bolasepak Malaysia daripada zaman kemelesatan, walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan bolasepak kita sudah bangkit semula.

Kejayaan skuad bolasepak kebangsaan membawa pulang piala AFF Suzuki itu menutup tirai sukan tanahair dengan penuh kegemilangan setelah kejayaan negara mempamerkan kecemerlangan di Sukan Komanwel di New Delhi, Sukan Asia di Guangzhou dan Sukan Paralimpik juga di Guangzhou. Di samping itu Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol David dan juga Datuk Lee Chong Wei terus mengekalkan ranking sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan masing-masing.

XVI Asian Games

Emblem of Guangzhou 2010 Asian Para Games
Kita juga nampak kebangkitan atlet-atlet yang akan terus memberikan sinar harapan di tahun-tahun akan datang. Pandalela Renong dan Azizul Hasni Awang sekadar beberapa nama yang akan menyinari gelangan sukan negara di peringkat antarabangsa. Semoga kabangkitan mutu sukan negara ini akan memberikan kita harapan untuk membawa balik pingat Emas pertama negara di Sukan Olimpik melalui program Road to London 2012.  

Sekalung tahniah kepada atlet negara yang mengambil bahagian dalam semua sukan peringkat antarabangsa tersebut. Tidak kena jika kita tidak memberikan penghargaan dan tahniah juga kepada Menteri Belia dan Sukan serta Timbalan-timbalan beliau, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara Majlis Olimpik Malaysia dan juga peranan Majlis-majlis Sukan Negeri-negeri dalam usaha mereka membangunkan sukan negara walaupun ada ketikanya menerima kritikan hebat dari peminat dan rakyat. Peminat sukan juga tidak patut dilupakan kerana sokongan mereka yang memberi semangat kepada atlet untuk mencapai kejayaan.

TAHNIAH MALAYSIA!! TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!

Tuesday, November 02, 2010

Sazali Samad 6th Times World Bodybuilding Champion

Congratulation to policeman Sazali Samad who won another tittle in the world body building championship. At 43, he proves that age is not a determining factor in declining of sports performance. We Malaysian should do away with the "kuda tua" image among our sportsmen and from the fans . As long as he or she can perform and outdo the younger contenders, he or she deserve to take part. In certain sports, age maturity can help determine performance. This is because sports performance needs disciplined individuals and it is one of the components of success. Sazali had proven it. 
 
Photo credit: The Star Online.

Saturday, October 23, 2010

Seminar Gimnastik 2010 - 'Past, Present and Future'

Bertempat di Auditorium I Majlis Sukan Negara, Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) menganjurkan satu seminar untuk terus membangunkan sukan Gimnastik yang semkin menampakkan kecemerlangannya. Paling akhir ialah kejayaan Elaine Koon, yang merangkul satu emas, satu perak dan tiga gangsa di Sukan Komanwel di New Delhi yang baharu sahaja tamat. 

Seminar anjuran bersama Majlis Sukan Negara itu di resmikan oleh YBhg. Dato' Zolkples Embong, Ketua Pengarah MSN dan dihadiri oleh wakil dari negeri, jurulatih, pengiat sukan gimnastik dan mereka yang berpengetahuan dalam sukan tersebut. Ianya berlangsung pada 23 dan 24 Oktober 2010. 

Pembentangan Pertama Seminar tersebut telah disampaikan oleh Presiden MGF, YBhg. Prof. Dato' Dr Zakaria yang telah mengariskan visi dan harapan persatuan pimpinan beliau untuk meletakkan negara sebagai kumpulan sepuluh yang terbaik di dunia. Menurut beliau, jika misi itu berjaya, maka baharulah boleh dikatakan Malaysia sudah menyertai sukan gimnastik di peringkat antarbangsa. 

Sebelum itu Ketua Pengarah MSN, dalam ucaptamanya telah mengingatkan para peserta bahawa kita mempunyai ruang lopong yang agak besar antara juara semasa dengan atlet pelapis. Sebagai contoh, beliau menyebut sekadar beberapa nama seperti Datuk Nicol, Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli. Apa akan jadi jika mereka ini tiba-tiba menarik diri dari pertandingan kompetitif. Kita tidak ada penganti yang setanding. Dalam sukan gimnastik pula beliau memberikan Ng Shu Wai sebagai contoh. Ng yang telah memenangi pingat di peringkat antarbangsa telah menarik diri dari aktif dan selepas itu belum ada lagi pengganti yang hampir setanding dengannya apa lagi menandingi kecemerlangannya. 

MGF, dalam Seminar ini telah menjemput seorang pakar Gimnastik yang juga Konsultan FIG, En.Gao Jian, telah berkongsi pengalaman beliau yang membantu membawa China untuk menjadi sebuah kuasa besar dalam gimnastik dengan kejayaan besar memenangi 9 pingat Emas di Olimpik Beijing 2008. Perlu dinyatakan bahawa gimnas kita Ng Shu Wai adalah merupakan satu-satunya gimnas luar negara yang berpeluang menjalani latihan dengan gimnas China melalui usaha beliau. Dalam pembentangannya yang disampaikan dengan bantuan penterjemah telah memberikan beberapa garis panduan berdasarkan pengalaman beliau dengan gimnas China, jika Malaysia juga ingin cemerleng.
 
Selepas pembentangan kertas pada sebelah pula beberapa orang jurulatih luar negara yang sedang berkhidmat di Malaysia telah juga diberi peluang untuk memberi cadangan dan saranan berasaskan pemerhatian dan pandangan mereka sepanjang berada dan berkhidmat di sini. Pandangan-pandangan dan cadangan mereka akan dibengkelkan melalui perbincangan kumpulan yang akan diadakan pada hari kedua Seminar. 

Pada hari kedua peserta seminar akan membincangkan halatuju MGF hasil daripada cadangan-cadangan dan saranan semua pembentang. Blog ini akan buat kemaskini terhadap posting ini. 

Thursday, October 14, 2010

Tahniah Kontinjen Malaysia

Setinggi tahniah wajar diberikan kepada semua pihak yang telah berjaya mencipta sejarah di Sukan Komanwel XIX ,New Delhi 2010 dengan mencipta satu sejarah baru dalam arena sukan negara. Pencapaian 12 pingat Emas, 10 pingat Perak dan 13 Gangsa sekali gus menduduki tempat ke tujuh keseluruhan adalah merupakan pungutan terbesar atlet negara di dalam temasya di luar negara. Pungutan terbaik sebelum ini ialah di Kuala Lumpur 98 dengan 10 pingat Emas sewaktu negara kita menjadi tuan rumah sukan itu. 

Kejayaan tersebut bukan kerja seorang tetapi secara kolektif semua pihak dan ia merupakan sesuatu yang cukup manis untuk dikecapi oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia juga sebagai pembuka mata bahawa jika kita ingin mencapai kejayaan, sesungguhnya kita boleh melakukan. 

Saya masih ingat lagi kata-kata YBhg. Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara semasa perhimpunan bulanan warga Majlis Sukan Negara sebelum berlangsungnya Sukan Komanwel. Dalam majlis tersebut, beliau mengatakan bahawa Sukan Komanwel ini amat penting sekali kerana ia merupakan KPI kepada YB Menteri Belia dan Sukan. Dengan kecemerlangan ini saya rasa, YB Menteri Belia dan Sukan sudah mampu tidur lena. Begitu juga dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. 

Walau apapun, cabaran negara masih belum berakhir dengan terpadamnya api obor Sukan Komanwel XIX itu. Atlet negara masih ada satu lagi cabaran yang lebih besar dan lebih hebat yang menanti mereka pada bulan November nanti iaitu Sukan Asia di Guangzhou. Sukan Asia, walaupun hanya melibatkan negara-negara di Asia, tetapi cabaran dan mutu pertandingannya adalah lebih tinggi berbanding Sukan Komanwel. 

Di Sukan Asia nanti, kita akan berhadapan dengan cabaran negara-negara di benua Asia yang tidak kurang hebatnya di peringkat Olimpik seperti China, Jepun dan Korea. Di samping itu di kalangan negara Asia Tenggara pula kita akan mempunyai cabaran baru iaitu Thailand dan Indonesia disamping Singapura yang hampir-hampir memalukan kita di New Delhi. Semoga atlet kita tidak terus diulit mimpi kejayaan di New Delhi kerana saya kira ia baharu sahaja sesi pemanas badan kerana cabaran sebenar atlet negara ialah di Guangzhou. 

Syabas sekali lagi kepada kontinjen negara dan selamat bertanding di Sukan Asia yang akan bermula pada 12 november dan tamat pada 27 November 2010. Selepas itu baharulah kita merayakan kejayaan yang sebenarnya.  


Saturday, November 21, 2009

Universiti Sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan

Universiti-universiti awam mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai pusat kecemerlangan sukan atau COESport. Kementerian Pengajian Tinggi telah mengenalpasti universiti berikut:Universiti Putra Malaysia (UPM)  - Ragbi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Kriket
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Sukan Mendayung
Universiti Teknlologi MARA (UiTM) - Bolasepak

Untuk menjadi atlet yang cemerlang sudah semestinya kita mendapatkan khidmat atlet yang ada pengalaman. Persediaan untuk sukan mengambil masa yang lama dan bukan sekadar satu dua tahun. Oleh itu pelajar yang akan memasukki universiti yang dikenalpasti hendaklah sudah berpengalaman dalam sukan-sukan yang berkenaan. Adakah dengan usaha yang baik ini, ahli sukan berkenaan akan diberikan sedikit kelonggarang dari syarat kemasukkan?

Usaha untuk menjadikan Universiti sebagai pusat kecemerlangan sukan adalah amat baik dan positif dan masih tidak terlambat untuk melakukannya. Universiti ada kepakaran dalam bidang-bidang yang khusus dan kepakaran ini akan menjadi rugi jika tidak digunakan sepenuhnya. Semoga usaha ini akan membuahkan kejayaan dan menjadi kesinambungan kepada program pembangunan sukan di peringkat sekolah iaitu Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolag (SPTS).

AFFILIATE

Powered By Blogger