Showing posts with label Datuk Lee Chong Wei. Show all posts
Showing posts with label Datuk Lee Chong Wei. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Malaysian Open 2013

 Datuk Lee Chong Wei add ninth tittle to his Malaysian Open Tittles after beating Sonny Kunchiro at Bukit Jalil.

News HERE

Wednesday, May 23, 2012

Harapan Emas Olimpik?

Sekali lagi Datuk Lee Chong Wei membuatkan seluruh peminat sukan negara diselubungi kebimbangan. Beliau cedera lagi semasa bermain untuk negara bagi kempen Piala Thomas yang sedang berlangsung di Wuhan, China. Beliau terpaksa menarik diri setelah mendahului Peter Gade dari Denmark dalam single pertama. Masalah yang sama seperti semasa bertarung untuk kejuaraan All England beberapa bulan lalu iaitu kecederaan.

Kali ini Datuk LCW cedera pada tendon kakinya pula.Mengikut laporan The Sun Daily kerana "torn ankle tendon" Apa yang membimbangkan ialah Olympic yang menyandarkan harapan kepada beliau untuk mengapai emas pertama hanya lebih kurang dua bulan sahaja lagi. Jika sembuhpun pasti tahap kecergasan beliau tidak kembali sepenuhnya.

Walaupun mengikut jurulatih, kecederaan itu tidak membimbangkan tetapi sekurang-kurangnya Datuk LCW kehilangan banyak masa berharga ke arah menuju sasaran utamanya- rakyat Malaysia pertama mengapai emas di Olimpik.

YB Menteri Belia san Sukan mengulas di sini.

Di jalanan ramai peminat sukan membuat komen bahawa Datuk LCW sepatutnya mengikut jejak juara-juara badminton yang lain yang memilih kejohanan untuk disertai. Ada pro and con dalam isu itu. Tetapi sebagai bekas jurulatih, saya berpendapat seorang juara perlu memilih kejohanan untuk disertai. Namun komen Rashid Sidek melalui Buletin Utama saya pun setuju juga. "Kalau beliau tidak mengambil bahagian dalam Piala Thomas, nanti orang akan cakap dia hanya mementingkan kejohanan individu pula...."

Satu lagi isu yang diperkatakan ialah mampukan Datuk LCW mendapat emas? Ramai yang agak skeptikal yang beliau akan menunaikannya. Kini ditambah dengan dua kecederaan yang pasti menarik konsentrasi beliau dari 100% tertumpu pada permainan. Saya selalu memberitahu peserta semasa memberi ceramah Kursus Sains Sukan bahawa "Kecederaan adalah permulaan kepada penamat karier seorang atlet". Saya berpendapat sedemikian melihatkan kecederaan-kecederaan yang menyebabkan bintang-bintang kita ramai yang menurun prestasi selepas mengalami kecederaan.

Antara atlet kita yang merosot atau meninggalkan terus sukan kompetetif selepas mengalami kecederaan seperti Nasmizan Mohammad, Abdul Malik Tobias, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, antara beberapa nama.

Berbalik kepada Datuk LCW, sudah pasti BAM dan ISN perlu berkerja keras untuk mengembalikan tahap kecergasan beliau walaupun tidak 100% tetapi sekurang-kurangnya hampir ke situ. Pastinya kawan saya di ISN sdr. Roesdi mempunyai tanggungjawab yang lebih mencabar dan berat selepas ini.

Walau apa pun, kita janganlah mengharapkan kilauan emas pertama negara hanya pada Datuk LCW, kerana atlet negara lain yang layak ke London juga mengalas tanggungjawab yang sama ketika beraksi di sana.

Tuesday, March 13, 2012

Datuk LCW Tidak Tewas Di All England

Datuk Lee Chong Wei tidak dapat mencapai matlamatnya untuk menjuarai All England untuk kali ketiga berturut-turut setelah terpaksa menarik diri dalam set kedua sewaktu perlawanan Akhir dengan Lin Dan. Beliau terpaksa mengambil tindakan itu disebabkan kecederaan bahu kanannya yang kelihatan bertampal dengan plaster penyokong. 

Saya mendapat tahu melalui tweeter bahawa Datuk Lee mengalami kecederaan dan fisio menasihatkan beliau untuk menarik diri tetapi semangat juangnya menyebabkan dia mengambil tindaan sebaliknya. 

Starpic
Walau pun Datuk LCW tewas saya saya para peminat dan penyokong beliau di negara ini tidak merungut marah kerana jika kita menonton siaran langsung jelas menunjukkan beliau berada dalam kesakitan dan terpaksa mendapatkan khidmat doktor kejohanan untuk memberi rawatan kepada bahunya.

Pada hemat saya keputusan Datuk LCW untuk bermain menentang Lin Dan menunjukkan sikap profesionalnya. Saya tidak pasti, tetapi mungkin beliau ingin terus bermain kerana hendak memenuhi tujuan para penyokong yang hadir di National Indoor Arena, Wembly untuk menyaksikan perlawanan kemuncak itu dari dua orang pemain badminton terhebat dunia pada masa kini. Sekiranya dari awal lagi beliau menarik diri, sudah pasti sebahagian besar penonton akan kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan hebat itu. Sikapnya untuk muncul bermain dalam keadaan mengalami kecederaan wajar dipuji  walaupun tindakan itu ada kemungkinan boleh menjejaskan peluang negara mengapai pingat emas pertama di Olimpik di bumi yang sama pada tahun ini. 

Keputusannya untuk menghentikan perlawanan di set kedua apabila ketinggalan 6-2 adalah langkah bijak. Kita dapat melihat permainannya tidak dapat dikawal seperti biasa dan jika beliau meneruskan, kemungkinan besar ialah tidak dapat menewaskan Lin Dan malah lebih teruk lagi meningkatkan lagi kecederaan pada bahunya dan lebih malang jika tidak dapat sembuh sepenuhnya sebelum tibanya cabaran Olimpik. 

Mungkin Datuk LCW harus berehat untuk memulihkan kecederaan pada bahu nya dan jika mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan sebelum Olimpik hanya sekadar untuk mengekalkan kemahiran dan tahap kecergasan. Seorang juara tidak perlu menang dalam semua perlawanan tetapi memilih perlawanan mana dia hendak menang. Lin dan dan taufik Hidayat adalah contoh terbaik. 
UPDATE
KECEDERAAN yang dialami pemain badminton nombor satu dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berada pada tahap membimbangkan sehingga mampu menjejaskan persiapannya ke Sukan Olimpik London biarpun terpaksa menarik diri daripada meneruskan perlawanan akhir di Seluruh England, awal pagi semalam. Laporan ini dipetik dari SINI

AFFILIATE

Powered By Blogger