Showing posts with label Sasaran Malaysia di Sukan SEA 2015. Show all posts
Showing posts with label Sasaran Malaysia di Sukan SEA 2015. Show all posts

Sunday, June 28, 2015

Sukan SEA 2015 Singapura

Edisi ke 28 Sukan SEA di Singapura sudah melabuhkan tirainya.

Jika berdasarkan sasaran untuk mencapai pungutan 56% daripada jumlah pingat tanpa mengira warna, maka jelas ia jauh meleset. Namun jika mengambil kira 56 pingat emas, maka kontingen Malaysia telah menghadiahkan bonus kepada rakyat. Namun sasaran tetap sasaran dan tidak boleh diubah mengikut keadaan.

Kini kita tertanya-tanya juga apakah sesuai meletakkan sasaran untuk memungut jumlah pingat tanpa mengira warna seperti yang dilakukan di Sukan SEA di Singapura. Bagi pengiat sukan ia mungkin boleh diterima, namun kepada peminat umum ia sesuatu yang sukar untuk diterima. Bagi mereka berapa pingat emas yang atlet negara mampu pungut.

Secara keseluruhannya kontingen negara menduduki tangga keempat dengan memungut sejumlah 60 pingat Emas, 53 Perak dan 66 Perak serta memungut 179 mata.

Berikut adalah statistik yang saya terjemahkan ke dalam bentuk graf.


Jumlah pungutan pingat SEA Games 2015, Singapura

Walau apa pun tahniah kepada keseluruhan atlet, pegawai dan pengurusan kontingen Malaysia ke Sukan SEA2015 di Singapura kerana menjulang Jalur Gemilang di temasya sukan terbesar di rantau ini.

Jumpa lagi di Kuala Lumpur 2017.

Sunday, June 14, 2015

Sukan SEA 2015 - Sasaran Tercapai Ke Tidak?

Sukan SEA Edisi ke 28 di Singapura akan melabuhkan tirainya dan sehingga hari ini kita sudah boleh mengagak di mana kedudukan kontingen negara. Sehingga post ini ditulis Malaysia menduduki tangga ke 4 dari segi pungutan pingat Emas dan keseluruhan mengumpul sebanyak 147 pingat semua warna. Meningkat ke tangga ketiga untuk mengatasi Vietnam adalah agak mustahil kerana perbezaan pingat Emas yang banyak.

Sememangnya Malaysia tidak meletakkan sasaran untuk menjuarai temasya kali ini tetapi telah meletakkan sasaran memungut 56 peratus (188 butir) dari jumlah pingat yang di tawarkan oleh tuan rumah,

Berdasarkan jumlah keseluruhan pingat yang dikumpul sehingga hari ke 8 maka sudah pasti sasaran hampir tercapai. Keseluruhan agihan pingat kontinjen negara  memungut 17% dari jumlah keseluruhan pingat yang ditawarkan. Apakah implikasinya pada pandangan peminat sukan negara?

PERATUS AGIHAN SEMUA PUNGUTAN PINGAT SEHINGGA HARI KE 8 

Selepas Malaysia menjadi juara keseluruhan Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur dulu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara ketika itu, Datuk Wira Mazlan Ahmad telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sukan SEA bukan lagi menjadi keutamaan cabaran kita peringkat antarabangsa. Kita harus lihat lebih jauh ke arah Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Olimpik.

Bagi mereka yang bergelumang dalam bidang sukan prestasi tinggi, sememangnya boleh memahami apa yang di maksudkan oleh Datuk Wira Mazlan Ahmad. Namun bagi peminat sukan kebanyakan yang menjadi penyokong sukan dan atlet, tidak melihat dari aspek itu. Bagi penyokong dan peminat mereka lebih minat untuk melihat menang, pingat emas dan juara tanpa mengambil kira prestasi semasa dan peningkatan kecemerlangan atlet dan sukan berkenaan.

Walaupun kontinjen Malaysia tidak dapat mencapai sasaran, namun kita harus memberikan pujian kepada mereka semuanya kerana telah mencuba.


AFFILIATE

Powered By Blogger