Showing posts with label arkib. Show all posts
Showing posts with label arkib. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Rebiu Buku - SIRI TOKOH MALAYSIA



Medium Publications telah menerbitkan sebuah buku rujukan untuk mereka yang berminat dengan sejarah dan tokoh sukan, sebagai sumber rujukan. Buku bertajuk 20 Tokoh Sukan setebal 158 muka surat ini menyenaraikan seramai 20 tokoh sukan negara bermula daripada Datuk Ghani Minhat, Raja bolasepak Malaysia hinggalah ke tokoh sukan tahun-tahun 90an dan 2000. Buku ini ditulis oleh Mohd Sofi Munajir dengan Cetakan Pertama pada tahun 2009.

Dalam Prakatanya, Mohd Sofi Munajir menulis,
Buku 20 tokoh sukan ini ditulis untuk merakamkan jalan hidup dan kejayaan yang dicapai oleh 20 orang tokoh sukan negara yang telah menempa nama dalam bidang masing-masing. Mereka telah menunjukkan pencapaian yng cemerlang dan telah mencipta sejarah gemilang dalam arena sukan negara, sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat antarabangsa.
  
Buku yang ditulis dengan bahasa yang mudah dalam Bahasa Melayu sesuai untuk dibaca oleh pelajar-pelajar di semua peringkat sebagai panduan dan peransang dan juga sebagai sumber rujukan kepada pelajar yang mengambil Kursus Pendidikan Jasmani di Institusi Pendidikan Guru atau universiti.

Selain daripada boleh melihat bagaimana tokoh-tokoh sukan negara ini berjuang untuk menaikkan imej negara, beberapa tokoh yang disenaraikan juga boleh dijadikan sebagai contoh kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah bahawa sukan bukan satu penghalang kepada kemajuan dalam bidang akademik. Misalnya Dato' Nicol Ann David yang memegng takhta pemain skuasy no satu dunia jug cemerlang dalam akademik apabila berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR dan 7A dalam SPM dan pada masa yang sama beliau juga aktif bermain untuk negara.

Begitu juga disenaraikan Datuk M Jegathesan yang berjaya dalam dua-dua bidang iaitu sukan dan akademik.

Apa yang dapat dilihat dalm buku ini ialah ia menyenaraikan legenda dan icon sukan negara.

Buku ini untuk dibca boleh diperolehi di Pusat Sumber Institut Sukan Negara, Kuala Lumpur. Harga sebuah ialah RM 20.00 

Wednesday, March 16, 2011

Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan 2010

Pada 15 Mac 2010 berlangsungnya Malam Anugerah Sukan Kebangsaan 2010 di Grand Ballroom, Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Ini merupakan kali kedua majlis ini berlokasi di hotel berkenaan. Majlis diserikan dengan kehadiran KDYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. 

Senarai Penerima Anugerah

Kredit foto : The Star Online
Olahragawan Kebangsaan 2010 
Azizul Hasni Awang - Berbasikal

Olahragawati Kebangsaa 2010
Dato' Nicol Ann David

Skuad Hoki Kebangsaan
(Pemenang Pingat Perak Olimpik Guangzhou)

Anugerah Pasukan Wanita Terbaik
Skuasy Wanita Kebangsaan
(Nicol Ann David, Delia Odette Arnold, Sharon Wee dan Low Wee Wern) 

En. Steven Van Huizen dan En. Tai Beng Hai

Anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan
Tiada Pemenang

Anugerah Atlet Paralimpik Lelaki
En. Zul Amirul Sidi Abdullah - Renang

Anugerah Atlet Paralimpik Wanita
Cik Nabilah Ahmat Sharif - Badminton

Anugerah Kepimpinan Sukan
Prof Datuk W Y Chin (Snuker & biliard) 

Anugerah Khas Tokoh Sukan
Datuk Lim Teong Kiat (Badminton) 
dan Datuk Nashatar Singh Sidhu (Olahraga) 

AFFILIATE

Powered By Blogger