Showing posts with label cemerlang. Show all posts
Showing posts with label cemerlang. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Keputusan Pemenang Anugerah Astro Arena 2012

astro arena anugerah
Majlis telah berlangsung di The Rennaisance, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan diserikan oleh YB Dato’ Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Ia merupakan tahun kedua Anugerah ini diadakan sejak dilancarkan penubuhan Astro Arena pada 20 Mac  2010 oleh YB. Menteri Belia dan Sukan.

AAA2012 adalah merupakan satu penghargaan disamping meraikan wira-wira sukan tanahair di peringkat Antarabangsa oleh sebuah media elektronik.  Sebanyak lapan kategori dipertandingkan, tambahan tiga dari AAA2011 yang lalu. Calon-calon telah dipilih oleh Astro Arena dengan banduan Majlis Olimpik Malaysia sebagai Badan Penasihat.

Pemilihan pemenang adalah secara undian online yang dibuat oleh para peminat sukan Malaysia bermula dari 9 hingga 23 April 2012 di laman sesawang www.arena.my.

Kejayaan Astro Arena menganjurkan majlis ini mendapat ucapan tahniah daripada YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan ; “Sukan akan kekal menjadi sebahagian daripada hidup kita yang penting dalam penyatuan masyarakat, walau apapun bangsa dan latarbelakang kita. Untuk semua atlet yang telah dicalonkan pada malam ini, anda semua adalah pemenang dan patut berbangga dengan pencapaian anda sama ada di arena sukan tempatan mahupun antarabangsa.”


Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan ASTRO Encik Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Di Astro, kami komited dalam memperjuangkan sukan di kalangan semua rakyat Malaysia. Astro Arena adalah satu contoh yang jelas terhadap komitmen kami dalam pembangunan dan penambahbaikan sukan tempatan untuk seluruh rakyat. Pada masa yang sama, kami juga berharap untuk memberi inspirasi kepada belia-belia di Malaysia agar menjadi juara dan wira dalam apa jua yang mereka lakukan”.


Keputusan Anugerah pada majlis tersebut adalah seperti berikut:

ATLET LELAKI PILIHAN
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak) - Penjaga gawang skuad Harimau Muda yang membantu kemenangan negara meraih emas menewaskan Indonesia di perlawanan akhir acara bola sepak di Sukan Sea Indonesia ke-26.
Kredit Foto: posh76.blogspot.com

 
ATLET WANITA BERPASUKAN PILIHAN
 Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)-Pingat emas dalam acara pecut berpasukan di Sukan Sea 2011
Atlet Wanita Pilihan Berpasukan - Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
Foto : Astro Arena

ATLET MUDA PILIHAN
Muhammad Nazmi Faiz mansor(Bola Sepak)-Pemain bola paling muda di Sukan Sea 2011 yang membawa pulang pingat emas serta turut beraksi untuk Kelayakan Olimpik 2012.
Atlet Muda Pilihan - Muhammad Nazmi Faiz Mansor  (Bolasepak)
Foto: Astro Arena

 KEBANGKITAN PILIHAN
 Lee Hup Wei (Olahraga)- Pingat emas acara lompat tinggi di Sukan Sea 2011 setelah tujuh bulan berehat akibat kecederaan.
Kredit Foto: bharian.com.my

JURULATIH PILIHAN
Jurulatih Pilihan - Ong Kim Swee (Bolasepak)
 Foto: Astro Arena

BLOG SUKAN PILIHAN
Foto dari blog SuaraSukan1Mas

PERLAWANAN PILIHAN 
Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 di Jakarta antara Malaysia dan Indonesia

MEJA SUKAN PILIHAN
Harian Metro

ANUGERAH KHAS ARENA
Allahyarham Mohd Sidek Salam (Memanah Paralimpik)

JASAMUDIKENANG
Allahyarham Razali Alias - Bolasepak -Selangor (1961 - 27 Jan 2012)

DEWAN KEMASYURAN ASTRO ARENA
Seramai empat orang lagi bekas jaguh sukan negara disenaraikan iaitu:   
Datuk Ghani Minhat (Bolasepak)
Dato' M. Rajamani (Olahraga)
Adnan saidin (Sepak Takraw)
Sylvia Ng (Badminton)

Terima kasih Astro Arena kerana menjemput blogger ini ke majlis tersebut.

Astro Arena boleh diikuti melalui saluran Astro 801 dengan berita-berita terkini sukan tanah air disamping siaran-siaran langsung acara penting sukan negara. 

Wednesday, April 18, 2012

Anugerah Sukan Negara 2011

Majlis tahunan anjuran Majlis Sukan Negara telah berlangsung dengan jayanya di Palace of The Golden Horses dengan diserikan oleh keberangkatan KDYMM Yang di-Pertuan Agung XIV,  Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar Duli.

17hb April 2012 adalah acara gilang gemilang untuk meraikan seluruh warga sukan yang telah mengorbankan masa, tenaga dan juga wang ringgit untuk meningkatkan imej negara melalui sukan. Malam itu adalam malam warga sukan dan peminatnya. Majlis tersebut merupakan Edisi ke 46 sejak mula diujudkan pada tahun 1966.

Kemuncak majlis malam itu ialah dengan menobatkan olahragawan dan olahragawati negara untuk tahun 2011. Kali ini Jawatankuasa Pemilihan yang diPengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohid Momamed, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ialah:

ASN 2011

Credit: Foto Dato’ LCW dan Foto Pandalela Rinong

Pada malam tersebut juga beberapa kategori dan penghargaan lain juga diumumkan pemenangnya.

Pasukan Lelaki Terbaik

Memanah Lelaki Kebangsaan

(Cheng Chu Sian, Khairul anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin)

Pasukan Wanita Terbaik

Pasukan renang Berirama Wanita Kebangsaan

(Katrina Ann, Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Lee Yhing Huey, Mmanuelle Mah Thil Da)

Anugerah Jurulatih Kebangsaan

Lelaki - Syed Mohd Hussain Syed Mazlan (Berbasikal)

Wanita – Rosniza Abu Bakar (Gimrama)

Olahragawan Paralimpik Lelaki Kebangsaan

Allahyarham Muhamad Salam Sidik - Memanah

Olahragawan Paralimpik Wanita Kebangsaan

Hemala Devi A/P Eni Kutty – Olahraga

Anugerah Kepimpinan Sukan

Datuk Seri Kee Yong Wee (Wushu)

Anugerah Khas

Shaharudin Jaafar (Berbasikal)

Thursday, April 05, 2012

Lawan Pedang Malaysia Juga Melangkah Ke Olimpik

Berita terkini persiapan atlet negara ke Olimpik London 2012 ialah kelayakan sukan Lawan Pedang apabila Yu Peng Kean, 21 melayakkan diri dalam kategori Individual Sabre. Kelayakan anak Melaka in adalah berdasarkan kejayaan beliau meletakkan dirinya di ranking kedua pemedang Asia selepas tamat tempoh kelayakan pada hujung Mac lalu. Beliau juga berada pada ranking 69 di dunia.
Yu Peng Kean (2 dari kiri) Foto diambil dari SINI
Dengan kelayakan ini beliau merupakan pemedang kedua melayakkan diri ke Olimpik selepas Ronnie Theseira yang mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 1964. 

Peng Kean memperbaiki rankingnya selepas berjaya meletakkan dirinya di tempat kesembilan (2010) dan ketujuh (2011) pada Kejohanan Asia.
Kredit Foto: The Star Online

Dengan kelayakan ini menambahkan lagi kecemerlangan sukan Lawan Pedang Malaysia selepas mempamerkan persembahan cemerlang di Sukan SEA 2011 di Palembang November lepas. Di temasya tersebut mereka memberikan dua pingat emas dan merupakan persembahan terbaik sukan itu dalam sejarah penyertaan Sukan SEA. Ini merupakan produk Sekolah Sukan Bandar Penawar. 

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara memaklumkan bahawa Peng Kean akan dimasukkan ke dalam Program Road To London dan melayakkan beliau menerima elaun bulanan sebanyak RM2,500.

Sukan-sukan yang sudah layak ke Olimpik sebelum ini ialah Memanah (4), Terjun (9), Berbasikal (2) dan Menembak (1)

Wednesday, April 20, 2011

Anugerah Arena

Semasa majlis pelancaran Astro Arena di Majlis Olimpik Malaysia tahun 2010 lalu saya berkesempatan untuk hadir dan menjadi witness majlis pelancaran tersebut. Kini Astro Arena akan menyambut ulang tahun pertamanya dan sempena majlis ulang tahun ini, diujudkan anugerah untuk memilih atlet yang popular di kalangan peminat sukan. 

Astro Arena (Saluran 801) akan mengadakan Malam Keraian Sukan dan penerima Anugerah Arena untuk meraikan atlet-atlet cemerlang. Usaha Astro Arena ini adalah sesuatu yang positif kerana menghargai pengorbanan atlet-atlet yang telah mengharumkan dan mewarnai arena sukan tanahair. Selama ini kita hanya gah dengan beberapa Anugerah dalam Industri Hiburan. 
 
Pemenang Anugerah adalah berdasarkan undian peminat sukan tanahair dan anda boleh ke Anugerah Arena untuk mengundi. Undian akan ditutup pada 22 april 2011.

Disamping mengundi atlet yang cemerlang, juga akan diadakan pemilihan meja sukan pilihan untuk media cetak. 

Saya sudah mengundi.

Sunday, April 03, 2011

Empat Jangkaan Tapi Satu Sasaran


Jangkaan 4 emas pada Sukan Olimpik 2012
EMPAT pingat emas. Itulah jangkaan yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan menjelang 487 hari Sukan Olimpik 2012 di London biarpun sedar ia bukan perkara mudah untuk dilakukan.
Namun menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek amat optimis untuk mengintai peluang meraih empat pingat emas selain meneruskan sasaran satu pingat emas pertama negara pada temasya Olimpik menerusi jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.
Melalui Program Road To London 2012 yang telah dilancarkan secara rasmi pada 16 Februari 2009, Ahmad Shabery yakin jangkaan ini mampu dilaksanakan sekiranya semua atlet serta pihak yang terlibat lebih bekerja keras serta memberi fokus sepenuhnya kerana ia bukan angan-angan kosong, tetapi segalanya boleh berlaku.
Ahmad Shabery berkata, pihaknya memang menyasarkan satu pingat emas yang diharapkan menerusi Chong Wei, tetapi apabila melihatkan pencapaian dan rekod semasa dalam tujuh acara yang akan ke temasya sukan berprestij itu, skuad negara mampu meraih lebih daripada satu emas.
“Saya tidak menyasarkan empat pingat emas, tetapi senarai ini berada dalam jangkaan kita. Misi emas sememangnya diharapkan kepada Chong Wei kerana kita percaya kerana dia bukan sahaja pemain nombor satu dunia, malah dia juga boleh dikatakan sebagai pemain terbaik dunia, lebih-lebih lagi selepas berjaya menundukkan seteru utamanya dari China, Lin Dan pada akhir Seluruh England baru-baru ini.
“Acara beregu badminton juga berada dalam jangkaan emas dengan gandingan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang mempunyai harapan cerah untuk meraih emas biarpun mereka ini gagal menjuarai kejohanan Seluruh England tahun ini.
“Namun berdasarkan pencapaian dan persembahan mereka sebelum ini saya yakin mereka boleh memberi aksi yang lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Detik 500 Hari Program Road To London baru-baru ini.
Sementara itu Ahmad Shabery berkata, dua lagi emas yang berada dalam senarai jangkaan adalah melalui acara berbasikal yang pastinya jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang menjadi perhatian.
“Pencapaian Azizul tidak boleh dipertikaikan lagi. Dia adalah prospek kejayaan negara dalam sukan lumba basikal kerana telah banyak mencipta nama dengan mengalahkan ramai jaguh dunia yang lain.
“Dan satu lagi adalah Pandelela Rinong yang kini merupakan jaguh terjun yang disegani. Dia telah mengharumkan nama negara dengan meraih pingat perak pada Sukan Remaja Olimpik sebelum ini dan kini berada di belakang jaguh dunia dari China dan turut meraih pingat pada Sukan Asia tahun lalu.
“Secara jelasnya, kami realistik dalam memberi sasaran emas, tetapi dalam beberapa acara, saya yakin peluang untuk meraih emas itu ada.
“Kita tidak mahu pergi ke Olimpik sekadar menghantar penyertaan tetapi kita ada sasaran tersendiri dan apa yang kita lakukan ini berdasarkan realiti.
“Tetapi apa yang penting ialah kita perlu melakukan persiapan rapi dari segi mental dan fizikal,” katanya.
Antara tujuh acara dalam Program Road To London ialah acara badminton, memanah, menembak, hoki, bola sepak, terjun dan acara trek berbasikal.
Program Road To London 2012 tercetus setelah kejayaan kontinjen negara memenangi satu perak menerusi Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik Beijing 2008 yang lalu. Misi utamanya adalah untuk memenangi pingat emas pertama di dalam temasya yang terbesar dan berprestij ini pada tahun 2012 nanti.

Wednesday, March 16, 2011

Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan 2010

Pada 15 Mac 2010 berlangsungnya Malam Anugerah Sukan Kebangsaan 2010 di Grand Ballroom, Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Ini merupakan kali kedua majlis ini berlokasi di hotel berkenaan. Majlis diserikan dengan kehadiran KDYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. 

Senarai Penerima Anugerah

Kredit foto : The Star Online
Olahragawan Kebangsaan 2010 
Azizul Hasni Awang - Berbasikal

Olahragawati Kebangsaa 2010
Dato' Nicol Ann David

Skuad Hoki Kebangsaan
(Pemenang Pingat Perak Olimpik Guangzhou)

Anugerah Pasukan Wanita Terbaik
Skuasy Wanita Kebangsaan
(Nicol Ann David, Delia Odette Arnold, Sharon Wee dan Low Wee Wern) 

En. Steven Van Huizen dan En. Tai Beng Hai

Anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan
Tiada Pemenang

Anugerah Atlet Paralimpik Lelaki
En. Zul Amirul Sidi Abdullah - Renang

Anugerah Atlet Paralimpik Wanita
Cik Nabilah Ahmat Sharif - Badminton

Anugerah Kepimpinan Sukan
Prof Datuk W Y Chin (Snuker & biliard) 

Anugerah Khas Tokoh Sukan
Datuk Lim Teong Kiat (Badminton) 
dan Datuk Nashatar Singh Sidhu (Olahraga) 

Saturday, December 25, 2010

Piala AFF Suzuki 2010

Memang peminat sukan seluruh negara sekarang bagaikan deman bola apabila pasukan negara berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Apa tidaknya ia bagiakan satu sejarah baru terlakar setelah banyak tahun kecundang. Sejarah pertandingan ini boleh dibaca DI SINI


Pada 26 Disember 2010 ini di Stadium Nasional Bukit Jalil akan memberi gambaran awal sama ada skuad bimbingan Rajagopal ini akan berjaya melakar sejarah baru dalam perkembangan bolasepak negara. Ini kerana wisel penamat akan ditiupkan di Jakarta yang akan menlbatkan juara Piala ini bagi edisi 2010. 
Kredit Foto: semua gambar diambil di lamanweb resmi AFF Suzuki Cup.

Tuesday, November 02, 2010

Sazali Samad 6th Times World Bodybuilding Champion

Congratulation to policeman Sazali Samad who won another tittle in the world body building championship. At 43, he proves that age is not a determining factor in declining of sports performance. We Malaysian should do away with the "kuda tua" image among our sportsmen and from the fans . As long as he or she can perform and outdo the younger contenders, he or she deserve to take part. In certain sports, age maturity can help determine performance. This is because sports performance needs disciplined individuals and it is one of the components of success. Sazali had proven it. 
 
Photo credit: The Star Online.

Saturday, October 23, 2010

Seminar Gimnastik 2010 - 'Past, Present and Future'

Bertempat di Auditorium I Majlis Sukan Negara, Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) menganjurkan satu seminar untuk terus membangunkan sukan Gimnastik yang semkin menampakkan kecemerlangannya. Paling akhir ialah kejayaan Elaine Koon, yang merangkul satu emas, satu perak dan tiga gangsa di Sukan Komanwel di New Delhi yang baharu sahaja tamat. 

Seminar anjuran bersama Majlis Sukan Negara itu di resmikan oleh YBhg. Dato' Zolkples Embong, Ketua Pengarah MSN dan dihadiri oleh wakil dari negeri, jurulatih, pengiat sukan gimnastik dan mereka yang berpengetahuan dalam sukan tersebut. Ianya berlangsung pada 23 dan 24 Oktober 2010. 

Pembentangan Pertama Seminar tersebut telah disampaikan oleh Presiden MGF, YBhg. Prof. Dato' Dr Zakaria yang telah mengariskan visi dan harapan persatuan pimpinan beliau untuk meletakkan negara sebagai kumpulan sepuluh yang terbaik di dunia. Menurut beliau, jika misi itu berjaya, maka baharulah boleh dikatakan Malaysia sudah menyertai sukan gimnastik di peringkat antarbangsa. 

Sebelum itu Ketua Pengarah MSN, dalam ucaptamanya telah mengingatkan para peserta bahawa kita mempunyai ruang lopong yang agak besar antara juara semasa dengan atlet pelapis. Sebagai contoh, beliau menyebut sekadar beberapa nama seperti Datuk Nicol, Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli. Apa akan jadi jika mereka ini tiba-tiba menarik diri dari pertandingan kompetitif. Kita tidak ada penganti yang setanding. Dalam sukan gimnastik pula beliau memberikan Ng Shu Wai sebagai contoh. Ng yang telah memenangi pingat di peringkat antarbangsa telah menarik diri dari aktif dan selepas itu belum ada lagi pengganti yang hampir setanding dengannya apa lagi menandingi kecemerlangannya. 

MGF, dalam Seminar ini telah menjemput seorang pakar Gimnastik yang juga Konsultan FIG, En.Gao Jian, telah berkongsi pengalaman beliau yang membantu membawa China untuk menjadi sebuah kuasa besar dalam gimnastik dengan kejayaan besar memenangi 9 pingat Emas di Olimpik Beijing 2008. Perlu dinyatakan bahawa gimnas kita Ng Shu Wai adalah merupakan satu-satunya gimnas luar negara yang berpeluang menjalani latihan dengan gimnas China melalui usaha beliau. Dalam pembentangannya yang disampaikan dengan bantuan penterjemah telah memberikan beberapa garis panduan berdasarkan pengalaman beliau dengan gimnas China, jika Malaysia juga ingin cemerleng.
 
Selepas pembentangan kertas pada sebelah pula beberapa orang jurulatih luar negara yang sedang berkhidmat di Malaysia telah juga diberi peluang untuk memberi cadangan dan saranan berasaskan pemerhatian dan pandangan mereka sepanjang berada dan berkhidmat di sini. Pandangan-pandangan dan cadangan mereka akan dibengkelkan melalui perbincangan kumpulan yang akan diadakan pada hari kedua Seminar. 

Pada hari kedua peserta seminar akan membincangkan halatuju MGF hasil daripada cadangan-cadangan dan saranan semua pembentang. Blog ini akan buat kemaskini terhadap posting ini. 

Monday, October 11, 2010

Akan Tercapaikan 10 Pingat Emas?

Hari ini masuk hari kesembilan Sukan Komanwel berlangsung di New Delhi dan Malaysia baharu sahaja memperolehi pingat emas ke tujuhnya melalui penerjun Pandalela Renong yang mendebarkan kerana beliau memetraikan namanya sebagai pemenang emas melalui terjunan terakhir setelah menduduki ranking kedua sebelum itu. Tahniah kepada Pandalela. 

Sasaran negara untuk memperolehi lebih daripada sepuluh pingat sebagai usaha memperbaiki kedudukan stelah mencapai jumlah itu di tempat sendiri melalui Kuala Lumpur 98. Itulah pencapaian terbaik penyertaan negara di tempat sendiri. Kontinjen negara kali ini pergi ke New Delhi dengan satu misi iaitu untuk membebaskan diri dari gelaran jaguh kampung. Sekiranya kontinjen negara berjaya mencapai sekurang-kurangnya 10 pingat emas pun sudah memadai untuk membuktikan mereka bukanlah jaguh kampung dan pelaburan negara melalui wang cukai rakyat tidak sia-sia.

Para atlet negara masih ada baki tiga hari lagi untuk mencapai sasaran tersebut. Chef de Mission kontinjen negara, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib masih optimis sasaran itu dapat dicapai. Menurut beliau seperti yang ditemuramah oleh Utusan bahawa, kita masih ada beberapa acara lagi yang atlet kita hebat seperti badminton, skuasy dan boling padang. 

Semoga atlet negara yang masih lagi ada cabaran menanti, tidak akan mengeciwakan 28 juta rakyat Malaysia kerana kejayaan mencapai matlamat di New Delhi adalah perupakan pencetus semangat untuk bersaing pula di Sukan Asia di Guangzhou November nanti.

Walau apapun, Malaysia masih lagi yang terhebat di rantau ini selepas Australia dan tuan rumah India. Saingan  terdekat ialah Singapura tetapi kelebihan kita ialah Malaysia mempertaruhkan warga sendiri untuk menaikkan imej negara di mata sukan antarabangsa. 

Saturday, August 14, 2010

First Youth Olympic Games In Singapore

Singapore has created history in the world of sport for being the first nation in the world to host the Inaugural sporting activities for youth- The YOG or Youth Olympic Games 2010. The game to be held from 14 - 26 August 2010 is the first ever in the world where youths congregate and show their prowess on the field. 


Athletes from 26 sports will compete to be crowned as the initial world youth champion nation in this game. 

Today 14th August 2010 will be the opening ceremony and it is a very special moment in all Olympic sports whether its Summer Olympics or Winter Olympics besides other sporting events worldwide. I pick the statment from the Official YOG website about this moment. 

The Opening Ceremony represents the official commencement of the Olympic Games.
Pierre de Coubertin, Founder of the International Olympic Committee (IOC), initially intended the Modern Olympics to feature both athletic competitions and artistic achievements. Since the Modern Olympics has evolved into a celebration of sport, it is in the opening ceremonies that we see the most of Coubertin's artistic ideals. The ceremonies typically start with the raising of the host country's flag and a performance of its national anthem. The host nation then presents elements of its culture by performing artistic displays of music, song and dance.


Lyo and Merly will be the official mascot for the games. Lyo (from Leo?) is the male lion while Merly the female. Its such a significance choice because lion is associated with the island and LYO stands for Lion of Youth Olympics. Merly represent the merlion a symbolic image of Singapore related to her folklore.  
As with other Olympics the significance of the Olympic torch to the sporting  event is to reach out to as many people as possible and traditionally the flame will start from Olympia, Greece, the home of the Olympics. For this YOG, the first flame was lit in July 2010 and travel to one city in each of  the five continents in the world. These five cities will represent the continents. 


Malaysia will be represented by a 22 member contingent comprising of 13 athletes and 8 coaches and will be led by swimmer Alex Lim Keng Liat as Chef de Mission. Malaysia is expected to deliver medals in Badminton, diving and Yatching. 


Malaysians...lets put our hands together and cheer for our athletes competing at the YOG. If we are far from achieving our dream of bagging the first Gold in the Olympics, this is an opportunity for our youth to mark the name Malaysia on the YOG roll of honour as one of the first Gold medallist in am Olympic Games. 


Click here for Sports, Venues and Schedule

Thursday, April 29, 2010

Anugerah Sukan Negara 2009 - An All Terengganu Affair

Satu perkara yang menarik pada Malam Anugerah Sukan Negara 2009 yang lalu. Mungkin tidak ramai yang menyedari detik ini yang terjadi di atas pentas semasa upacara penyampaian anugerah. Lihat gambar yang saya ambil dari laman web Majlis Sukan Negara di bawah. Apa menariknya? 
anugerah_sukan_negara_2009_20100428_1306403045.jpg
Yang menariknya pada detik gambar di atas dirakam ia merupakan An All Terengganu Affair
Dato' Zolkples Embong, Mohamad Azizul Hasni Awang, KDYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan dan Menteri Belia dan Sukan......semuanya dari Terengganu.

Wednesday, April 28, 2010

Anugerah Sukan Negara 2009

Malam Anugerah Sukan Negara 2009 telah berlangsung di Mandarin Oriental Ballroom pada 27 April 2010. Majlis diserikan dengan keberangkatan KDYMM Yang Dipertuan Agung mencemar Duli menghadiri majlis tahunan anjuran Majlis Sukan Negara
Kredit Gambar: Berita Harian
Pemenang Anugerah 2009
Olahragawan Kebangsaan   - Mohamad Azizul Hasni Awang - Berbasikal
Olahragawati Kebangsaan    - Datuk Nicol Ann David
Anugerah Jurulatih Kebangsaan - K. Rajagopal - Bolasepak
                                                - Yoong Thong Foong - Wushu
Olahragawan Paralimpik  - Mohd Salam Sidik - Memanah
Olahragawati Paralimpik  - Norhayati Sanoh  - Boling Padang
Anugerah Kepimpinan Sukan - Edmund Yong - Golf
Anugerah Khas - T. Ponniyah - Karate
Anugerah Pasukan Lelaki - Skuad Bolasepak Sukan SEA 2009 (Klik untuk senarai pemain)
Anugerah Pasukan Wanita - Pasangan Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong - Terjun

Sempena Malam Anugerah Sukan Negara itu juga telah dipamerkan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan menjadi rebutan negara-negara yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Piala Thomas -Uber di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil pada 9 hingga 16 Mei 2010. Disamping itu juga KDYMM Yang Dipertuan Agung dan Raja Permaisuri Agong telah melancarkan Kempen Mengumpul Sejuta Tandatangan untuk Kempen Piala Thomas/Uber tersebut.
Atas: Piala Thomas dan Bawah: Piala Uber

Friday, April 02, 2010

Tahniah Datuk Malek Noor

Jasa ahli sukan sememangnya sentiasa dikenang dan berbagai bentuk penghargaan diberikan oleh negara atas pengorbanannya. Semakin ramai ahli sukan sudah bergelar Datuk dan yang terakhir ialah Malek Noor. 
 Datuk Malek Noor yang pernah menjadi juara bina badan Asia telah dinaugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena ulang tahun hari Keputeraan ke-79 KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober 2009 yang lalu.


Monday, March 15, 2010

Tahniah Datuk Lee Chong Wei - All England Champion


WORLD No. 1 Lee Chong Wei stopped for a fleeting moment in disbelief after hitting the match point in the men’s singles final of the All-England at the National Indoor Arena in Birmingham yesterday.
And when it finally dawned upon him, a jubilant Chong Wei punched his fists in sheer joy. He had finally taken down a stubborn Kenichi Tago of Japan 21-19, 21-19 in a 47-minute final to be crowned the 100th champion of the world’s oldest badminton tournament. - The Star Online

Tuesday, December 15, 2009

Sukan SEA ke 25 - Malaysia Ke Final


Gambar dari Kosmo online.

Saya rasa semua peminat bolasepak Malaysia rasa bangga dengan kejayaan pasukan negara menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Sukan SEA edisi ke 25 yang sedang berlangsung di Laos. Dalam separuh akhir Malaysia mengalahkan tuan rumah Laos 3-1. Dengan itu seluruh peminat pasukan bolasepak negara pasti tertunggu-tunggu perlawanan akhir dengan Vietnam nanti yang akan disiarkan secara langsung oleh RTM2.

Sekiranya Malaysia membawa balik pingat emas nanti, diharapkan pemain tidak akan rasa sudah cukup hebat. Ini kerana Sukan SEA hanya sukan serantau. Perjalanan masih jauh lagi dan anggaplah kemenangan di Laos ini hanya langkah pertama sahaja. Semua pemain hendak berusaha lebih keras lagi untuk menjadi antara pasukan yang disegani pula di rantau Asia. Apa pun tahniah pada semua pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan bolasepak kebangsaan di Laos itu

Monday, December 14, 2009

Sukan SEA ke 25 - Sejarah dicipta

Kontinjen Malaysia telah mencipta dua sejarah di Sukan SEA edisi ke 25.

Pertama pasukan bolasepak dapat mengalahkan Thailand dan mara ke Separuh Akhir bertemu dengan Laos. Sekiranya mereka dapat mengalahkan Laos dan bertemu antara Vietnam dan Singapura untuk mendapat pingat emas bermakna satu lagi sejarah buat pasukan bolasepak negara.

Kedua pasukan badminton wanita negara memenangi pingat emas setelah menanti selama 34 tahun dengan mengalahkan seteru utama Indonesia.

Gambar: Berita Harian
Semoga ada lagi kejutan dan sejarah dicipta di Laos.
Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sunday, December 13, 2009

Separuh Jalan Dah 17 Emas Dipungut


Hari ini masuk hari kelima Sukan SEA ke 25 di Laos sedang berlangsung. Mengikut paparan keputusan yang diambil dari laman web resmi sukan tersebut Malaysia sudah memungut 17 pingat emas. 6 pingat emas dikutip di kolam renang, 5 oleh Karate-Do, 5 Terjun dan Satu dari Tae Kwondo.

Kontingen Malaysia mensasarkan 32 Pingat Emas dan ini bermakna mereka masih memburu sebanyak 15 Emas lagi dalam masa lima hari yang akan datang. Berdasarkan perkembangan dan prestasi yang ditunjukkan tidak sukar untuk kontinjen negara mencapai sasaran tersebut dan besar kemungkinan akan memperolehi lebih dari jumlah yang disasarkan itu.

Sememangnya bagi peminat sukan di negara ini agak sukar untuk mengikuti perkembangan Sukan SEA kali ini kerana tiadanya siaran langsung mahupun laporan khas kecuali untuk mengikutinya melalui berita di media elektronik ataupun laporan lewat di akhbar harian. Mereka yang mempunyai akses kepada internet mungkin agak bernasib baik kerana masih dapat melawat laman web resmi sukan SEA untuk melihat perkembangannya.

Apa yang berlaku sekarang patut diambil iktibar oleh semua pihak yang menganjur sebarang kejohanan bahawa peminat sentiasa ingin mengetahui perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Dengan adanya media baru sewajarnya ianya diambil peluang sebagai menggantikan media tradisi iaitu elektronik. Zaman ramai orang sudah menceburi Twitter, Facebook dan blog ini sewajarnya  peminat sukan tidak ketandusan informasi terkini. Saya pasti ramai pegawai dan atlet ada kemudahan Blackberry sekarang dan ia dapat digunakan sebagai penyebar maklumat ke twitter atau facebook. Disamping itu ada satu program percuma dalam internet melalui live blogging iaitu coveritlive yang membolehkan sesuatu acara itu diliputi secara langsung dari venue pertandingan. Saya telah mencubanya semasa Konvensyen Industri Sukan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis Sukan Negara ada menyediakan laman web resmi kontinjen negara di Laos. SINI.

Semoga di masa hadapan laporan-laporan secara langsung melalui internet ini dimenfaatkan kerana bukan semua rakyat Malaysia boleh hadir ke venue sesuatu pertandingan itu.

Laman resmi Sukan SEA ke 25, Laos

Tuesday, October 20, 2009

Arena Nicol David, Kuala Lumpur

The main squash arena  at National Squash Complex in Bukit Jalil today has been named Arena Nicol David. It was officially launched by the Minister of Youth and Sports, Dato' Ahmad Shabery Cheek  today.
Besides the opening of the Arena Nicol David, a gallery dedicated to her performance was also officiated. The gallery was decorated with her medals, trophies, official national attires and the priceless item is her first squash racket.











AFFILIATE

Powered By Blogger