Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Anugerah Sukan Negara 2011

Majlis tahunan anjuran Majlis Sukan Negara telah berlangsung dengan jayanya di Palace of The Golden Horses dengan diserikan oleh keberangkatan KDYMM Yang di-Pertuan Agung XIV,  Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar Duli.

17hb April 2012 adalah acara gilang gemilang untuk meraikan seluruh warga sukan yang telah mengorbankan masa, tenaga dan juga wang ringgit untuk meningkatkan imej negara melalui sukan. Malam itu adalam malam warga sukan dan peminatnya. Majlis tersebut merupakan Edisi ke 46 sejak mula diujudkan pada tahun 1966.

Kemuncak majlis malam itu ialah dengan menobatkan olahragawan dan olahragawati negara untuk tahun 2011. Kali ini Jawatankuasa Pemilihan yang diPengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohid Momamed, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ialah:

ASN 2011

Credit: Foto Dato’ LCW dan Foto Pandalela Rinong

Pada malam tersebut juga beberapa kategori dan penghargaan lain juga diumumkan pemenangnya.

Pasukan Lelaki Terbaik

Memanah Lelaki Kebangsaan

(Cheng Chu Sian, Khairul anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin)

Pasukan Wanita Terbaik

Pasukan renang Berirama Wanita Kebangsaan

(Katrina Ann, Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Lee Yhing Huey, Mmanuelle Mah Thil Da)

Anugerah Jurulatih Kebangsaan

Lelaki - Syed Mohd Hussain Syed Mazlan (Berbasikal)

Wanita – Rosniza Abu Bakar (Gimrama)

Olahragawan Paralimpik Lelaki Kebangsaan

Allahyarham Muhamad Salam Sidik - Memanah

Olahragawan Paralimpik Wanita Kebangsaan

Hemala Devi A/P Eni Kutty – Olahraga

Anugerah Kepimpinan Sukan

Datuk Seri Kee Yong Wee (Wushu)

Anugerah Khas

Shaharudin Jaafar (Berbasikal)

Monday, October 19, 2009

Squash Court After Datuk Nicol

Tomorrow 20th October 2009, the main squash court at National Squash Complex in Bukit Jalil will be officially named after Malaysia squash queen, Datuk Nicol Ann David. It will be an honour for her great achievements for being the top female squash player in the world.

The ceremony will be officiated by the Minister of Youth and Sports Dato' Ahmad Shabery Cheek at 2.00 p.m.


Saturday, October 03, 2009

Its Rio

Welcome to the land of Samba and Salsa.2016 Olympics will be in Rio de Janeiro, Brazil and aah..the Ipenama Beach..... It will be a double celebration in a row for Brazil with Mondial in 2014 and Olympics in 2016. Rio beat Madrid for the bid and its samba in Brazil.





So,opportunities for this

and/or this

Friday, August 07, 2009

KISMAS 09

The Sports Industry Convention 2009 (KISMAS 09) was officially by the Prime Minister today. The event at Berjaya Times Square is seen as a run up to the Malaysian Sports Industry Year 2011 which was also launched at the same time by the Prime Minister.

During the same occasion the Prime Minister also launched the Malaysian Sports Portal and can be reached HERE.

In his speech, PM stressed the six perspective of sports
  1. Sports for high performance
  2. Sports for National Unity
  3. Sports for Nation Building
  4. Sports for Healthy Lifestyle
  5. Sports Tourism
  6. Sports as an Industry.
Datuk Seri Mohd Najib also stressed that sports is one area that is recession proof. He cited two occasion to support his statement. The 1989 SEA Games and the 1998 Commonwealth Games was both organised during the rise of the recession but it was not hit hard like other areas.

Wednesday, August 05, 2009

Konvensyen Industri Sukan Malaysia 2009

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia through National Sports Institute will organise a Sports Industry Convention at Berjaya Times Square in Kuala Lumpur on 7th and 8th August 2009. It will be identified as KISMAS 09.

The main objective of the Convention is to generate sporting development as an industry in Malaysia professionally, organised, of quality, competent and beneficial to all parties involved directly or indirectly. It is also hoped that the masses will be encouraged to be involved actively in sports and recreation for the benefit of the nation.

Participation is by invitation only.

If there is an opportunity I hope to run a live blogging session during the convention.

Wednesday, May 27, 2009

MSSM Ke 51 Sudah Berlalu

Tirai Kejohanan Olahraga MSSM sudah pun dilabuhkan dan dengan hari terakhir pada 24hb Mei lalu, dianggap sebagai penutup buku aktiviti sukan prestasi tinggi di peringkat sekolah. Setiap tahun Kejohanan Olahraga MSSM adalah merupakan kejohanan paling berprestij dalam kalendar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. 

Kejohanan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil selama empat hari telah menyaksikan Terengganu muncul sebagai Juara keseluruhan dengan memungut 13 Emas, 6 Perak dan 13 Gangsa. Kelantan di tempat kedua dengan 11 Emas, 7 Perak dan 1 Gangsa. Kedah di tempat ketiga dengan 11 Emas, 5 Perak dan 8 Gangsa. Apa yang agak mengejutkan ialah kegagalan Sarawak untuk menjuarai buat kali ke 8 tahun ini apabila hanya menduduki tempat ke Empat dengan10 Emas, 15 Perak dan 8 Gangsa. 

Kejayaan Terengganu ini adalah paling manis kerana Edisi ke 52 pada tahun hadapan akan berkunjung ke negeri Penyu itu. Ramai menganggap kejayaan Terengganu kali ini adalah kesan limpahan SUKMA yang diadakan di negeri itu tahun lepas. Sudah pasti kejohanan pada tahun hadapan akan dinanti-nantikan oleh penduduk Terengganu kerana dua tahun berturut-turut mengibarkan megah bendera hitam putih di puncak tertinggi sukan negara. Atlet Terengganu juga telah memecahkan dua dari sembilan rekod dalam kejohanan tersebut. Kejayaan Terengganu ini adalah hasil perancangan jangka panjang yang dilaksanakan. 


KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT 


Terengganu 13 6 13

Kelantan 11 7 1

Kedah 11 5 8

Sarawak 10 15 8

Sabah 9 15 13

Johor 9 9 15

Selangor 7 6 7

Kuala Lumpur 6 9 4

Negeri Sembilan 4 2 3

Pahang 3 5 2

Pulau Pinang 3 1 6

Perak 2 8 8

Melaka 1 1 2

Labuan 1 1 0

Perlis 0 0 1

Putrajaya 0 0 0

Petikan dari BERNAMA.

"Kami berharap kejohanan olahraga seumpama ini akan membantu negara menyediakan barisan atlet pelapis yang ramai dan berkualiti untuk membawa cabaran negara dalam bidang olahraga," kata Ketua Unit MSSM Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah kepada Bernama.

Pada edisi kali ini, seramai 541 atlet lelaki dan 452 atlet perempuan akan mengambil bahagian dalam tiga kategori umur iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

Kejohanan selama lima hari itu turut melibatkan acara trek 100m untuk pelajar sekolah pendidikan khas iaitu pelajar cacat penglihatan dan pendengaran.

Pembukaan rasmi akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Khamis ini.- BERNAMA


Wednesday, February 11, 2009

Permainan Paintball

Baru-baru ini aku terlibat dengan satu sukan baru. Paintball. Penglibatan aku bermula dengan menerima pelawaan Advertlets, sebuah syarikat pengiklan di internet mengajak blogger main paintball. Aku menghantar permohonan untuk mencuba. Yes, diterima.

So pada hari pertandingan aku hadir awal kerana dimaklumkan bahawa pendaftaran akan dilakukan pada jam 7.30 pagi. Aku menjadikan disiplin diri untuk hadir lebih awal dari masa yang ditetapkan. Itu juga aku nasihatkan kepada jurulatih-jurulatih sukan dalam setiap kursus yang aku menjadi penyelaras di seluruh negara.

Dalam pertandingan itu kumpulan aku Yakuza telah muncul sebagai naib juara dan dengan itu ditaja oleh MY-NPL untuk mengambil bahagian dalam National Paintball League 2009 yang akan bermula pada 14 dan 15 Februari 2009. Sebagai pendatang baru sememangnya kami akan bertanding dalam Division 4. Aku tak nak tulis panjang-panjang di sini. Bacalah pengalaman aku DI SINI.

Gambar di bawah adalah salah satu kenangan manis yang aku bawa balik selepas permainan itu. Itu kesan terkena tembakan paintball. Maklumlah just pakai baju biasa. Tetapi kesan ini tidak akan melemahkan aku untuk terus bermain. Malah aku sudah mula naik gian untuk main lagi.


Saturday, November 15, 2008

Super Soccer Star

Hari ini di padang bolasepak MSN Bukit Jalil berlangsung sesi pemilihan atlet untuk rancangan realiti baru TV iaitu Super Soccer Star. Program ini adalah anjuran Nafalia dengan kerjasama Samsung, Adidas dan akan disiarkan oleh RTM mulai bulan Januari nanti. 

Seramai 300 pemain telah disenarai pendek daripada lebih kurang 5000 orang dan dari jumlah itu hanya 20 sahaja akan dipilih untuk kumpulan terakhir. Program ini adalah satu program realiti TV yang seperti biasa akan melibatkan pengundian SMS dan penilaian oleh juri profesional. Bekas pemain kebangsaan Tn Hj. Ahmad Yusof akan bertindak sebagai Ketua Jurulatih untuk pemain sementara Azlan Johar sebagai Pengurus yang bertanggungjawab untuk hire and fire pemain. 

Pemian yang hadir telah diuji dengan beberapa kemahiran asas bolasepak yang termasuklah pecutan, mengelecek, menimang bola dan tendangan gol. 

Di akhir program ini akan dipilih empat orang pemain terbaik dari 20 orang untuk dihantar dan berlatih di Chelsea di bawah jurulatih pasukan remaja Chelsea. Sebagai kemuncak program realiti ini seorang Super Soccer Star akan dipilih untuk menjadi icon remaja dalam bolasepak dan akan menjalani latihan seterusnya selama dua minggu lagi di Chelsea. 

Disamping pemain, turut serta ialah ibu bapa yang memberi sokongan moral kepada anak masing-masing. Ini satu perkemangan yang menarik kerana ibu bapa adalah merupakan antara pendorong kejayaan atlet sukan. 

Ibu bapa yang turut hadir dalam sesi pemilihan tersebut. 

Tuesday, November 11, 2008

Konvensyen Sukan Kebangsaan II

Putra World Trade Centre

Pagi ini telah berlangsung Konvensyen Sukan Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohd NajibTun Abdul Razak. Satu perkara yang menarik dalam ucapan persamian beliau ialah pengumuman untuk menubuhkan Akademi Badminton bagi melahirkan lebih ramai pemain badmiton yang dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa. Keputusan untuk menubuhkan akademi tersebut adalah berdasrkan  pencapaian sukan tersebut yang dilihat mampu menghasilkan pingat emas pertama negara di Olimpik. 

Beliau juga memberitahu bahawa bagi sukan lain, jika ingin mendapat kemudahan yang sama hendaklah menunjukkan prestasi terlebih dahulu. 


Monday, November 10, 2008

Konvensyen Sukan Kebangsaan


Majlis Sukan Negara akan menganjurkan satu Konvensyen Sukan untuk membincangkan bagaimana sukan negara boleh dipertingkatkan lagi khususnya dalam menyediakan atlet ke temasya sukan peringkat antarabangsa seperti Olimpik. Sasaran negara ialah emas di Olimpik 2012 di London. 

Semoga usul dan cadangan dalam konvensyen tersebut tidak hanya tinggal usul seperti yang berlaku dalam konvensyen-konvensyen yang lepas. 

Konvensyen tersebut akan diadakan di PWTC selama dua hari iaitu pada 11 dan12 November 2008.

Saturday, October 25, 2008

Pesta Bola Merdeka Edisi Ke 40 - Malaysia Gagal Lagi

Malam ini perlawanan akhir pesta bola Merdeka berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan sepenuhnya berakhir dengan seri dan berlangsung selama 30 minit lagi dalam masa tambahan. Keputusan belum dapat ditentukan dan seterusnya tendangan penalti. Kesemua lima tendangan bagi kedua-dua pasukan membolos jaring lawan masing-masing. 

Akhirnya sudden death terpaksa dilakukan dan Malaysia memulakan dengan Hafiz Zamani Misbah gagal menjaringkan bola yang diselamatkan oleh penjaga gol. Tendangan pertama Vietnam oleh Mai Thien Thanh masuk dan dengan itu meletakkan mereka menjuarai piala ini buat kali julung kalinya.  

Perlawanan final ini Malaysia kecundang dan segala kejayaan dan rekod manis tanpa dibolos dalam perlawanan sebelumnya terpadam. 

Tuesday, October 14, 2008

Rumah Terbuka KBS

15 Oktober 2008 akan diadakan majlis rumah terbuka Kementerian Belia dan Sukan. Majlis ini yang akan merupakan majlis bersama bagi organisasi-organisasi di bawah Kementerian seperti Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan diadakan di perkarangan Stadium Putra di Bukit Jalil. Majlis diadakan mulai jam 11.00 pagi hinggalah 5.00 petang. 

Semua dijemput hadir. 

Pesta Bola Merdeka 2008

Besok akan bermula pesta bola yang pernah menjadi perlawanan berprestij dan terulung di rantau Asia satu masa dulu, Pesta Bola Merdeka. Pesta itu yang diadakan sempena menyambut kemerdekaan negara telah diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. 

Tahun pasukan yang akan turut serta ialah Myanmar dan Vietnam sebagai pasukan yang terbaik sementara itu beberapa pasukan yang kerdil terdiri daripada Sri Lanka, Nepal, Afghanistan, Mozambique dan Bangladesh. 

Apakah nasib pasukan negara apabila bermain dengan pasukan-pasukan sebegini? Diharap anak buah Sathia tidak akan terus menjauhkan peminat bolasepak negara dengan persembahan yang buruk di kalangan pasukan yang kerdil ini. 

Tuesday, September 30, 2008

Sports Convention In October

There will be a sports convention to discuss preparation for the 2012 and 2016 Olympics. Lets hope this will not be another convention just to come up with resolutions and no follow ups. 

Friday, August 15, 2008

Piala Malaysia 2008

Perebutan Piala Malaysia semakin sampai ke kemuncak dengan dua lagi perlawanan timbal balik antara empat pasukan terbaik setakat ini. Kedah akan bertandang ke Terengganu dan Selangor ke Johor. Setakat ini Kedah sedang mendahului Terengganu 3-0 setelah tamat perlawanan pusingan pertama sementara Selangor mendahuli Johor FC dengan 2-0. Kedua-dua pasukan ini berada dalam kedudukan selesa setakat ini dan 90 minit berikutnya pada 16 Ogos yang akan menentukan siapa akan melangkah ke Final pada 23 Ogos nanti. Kedah dalam pemburuan piala ketiga tahun ini untuk mencipta rekod yang sukar untuk diatasi oleh negeri-negeri lain sementara Selangor pula dalam misi mengagalkan Kedah dan mengembalikan statusnya yang tercemar setelah mencatat sejarah dengan menjadi pasukan negeri pertama memenangi treble pada tahun 2007 sebelum dipadamkan oleh Kedah pada tahun 2007.

Kita telah menyaksikan pertemuan Kedah - Selangor dalam Piala FA dengan kemenangan berpihak kepada Kedah 3-2. Kini sekali lagi Kedah dijangka akan bertemu dengan Selangor untuk merebut piala paling berprestij dalam kancah bolasepak negara.

Saturday, July 12, 2008

National Sports Complex is Ten

On 11th July 1998, National Sports Complex was officiated by the then Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad (now Tun).

11th July 2008 the sports complex celebrated its 1oth anniversary. The celebration was officiated by Datuk Ismail Sabry, the Youth and Sports Minister ad a ceremony held at the Ampitheater Kompleks Sukan Negara. In conjunction with the anniversary celebration, a two day events is also being held within the complex compound.


Happy Anniversary KSN.

Saturday, June 28, 2008

Milo Tawar Hadiah Lebih Satu Juta

Dalam bidang sukan di negara ini, Milo adalah merupakan sinonim dan sebati dengan semua aktivitinya. Tanpa Milo aktiviti sukan seolah-olah tidak lengkap. Jika tidak nampak baju Milo macam ada sesuatu yang tidak kena. Sehinggakan pembantu gelanggang pun digelar sebagai budak Milo disebabkan mereka mengenakan baju yang ditaja oleh syarikat berkenaan.

Sempena Sukan Olimpik Beijing 2008 nanti, Milo turut serta memeriahkan suasana. Baru-baru ini Milo melancar peraduan Milo 'One Voice For Gold' yang menawarkan hadiah utama berjumlah RM1,888.88 atau satu kilogram jongkong emas. Peraduan itu turut menawarkan hadiah bernilai RM500 setiap minggu kepada 18 pemenang mingguan. Baca di Berita Harian.

Peraduan ini bermula daripada 1 Julai sehingga 31 Ogos dan ia bertujuan membalas kesetiaan pelanggan Milo selain menggalakkan sokongan rakyat terhadap kontinjen negara di Beijing dalam usaha memenangi emas pertama.

Borang peraduan boleh didapati di

  • mana-mana pengedar terpilih,
  • pasar raya dan pusat membeli belah seluruh negara bermula 1 Julai,

Seperti mana-mana peraduan, peserta diwajibkan membeli barangan Milo dan menyertakan bukti pembelian bersama borang penyertaan.


Monday, June 23, 2008

EURO 08 Semakin Panas

Sudah lengkap keputusan Suku Akhir dengan kemanangan Sepanyol menewaskan Itali melalui sepakan penalti 4-2.

Pertandingan semakin sampai ke kemuncak dengan perlawanan Separuh Akhir.

German - Turki
Russia- Sepanyol


Manakah dua pasukan yang akan mara seterusnya.

Kadang-kadang........pasukan yang tidak dijangka boleh mencipta kejutan. Lihat apa yang Greece lakukan dalam Euro yang lalu dengan menewaskan tuan rumah?

Bolehkah Turki melakukan kejutan?

Apa pun bola itu bulat.

Memanglah........ kalau bujur tu bola ragbi.

Saturday, June 14, 2008

EURO 2008 - Switzerland/Austria

Just for the record

The website.
The History.
The Teams.
The Tournament and Results.

The Mascots (pic adapted from Euro08 website)











The Heny Delauney Trophy
















The new UEFA European Championship trophy is 18cm higher and 2kg heavier than the original designed by Arthus Bertrand in 1960 and named after Henri Delaunay, the former president of the French Football Federation. The upper part of the trophy is based on the original and is also made out of sterling silver. The new trophy, created by Asprey London, has retained its historical name. It has been brought up to date to reflect the scale and size of Europe's most prestigious international tournament. - From eufa website. Read more HERE.

Who is Henry Delauney?

Born in Paris on 19 November 1883, Delaunay was chosen in 1906 – at the age of 23 – as general secretary of the newly-founded French Interfederal Committee, which became the French Football Federation in 1919. Delaunay was an undisputed football expert. He was a referee, and began his international career in 1920 when FIFA asked him to sit on its new consultative committee for the Laws of the Game. Read more HERE.

The Champions

1960 USSR bt Yugoslavia 2-1 in France
1964 Spain bt USSR 2-1 in Italy
1968 Italy bt Yugoslavia 1-1 (Replay 2-0) in Italy
1972 West Germany bt USSR in Belgium
1976 Czechoslovakia bt West Germany 2-2 (Penalty 5-3) in Yugoslavia
1980 West Germany bt Belgium 2-1 in Italy
1984 France bt Spain 2-0 in France
1988 Netherlands bt USSR 2-0 in Germany
1992 Denmark bt Germany 2-0 in Sweden
1996 Germany bt Czech Rep 2-1 in England
2000 France bt Italy 2-1 in Netherlands/Belgium
2004 Greece bt Portugal 1-0 in Portugal
2008 ?

Golden boots Winner

2004 - Milan Baros CZE 5 goals
2000 - Patrick Kluivert NED 5 goals
2000 - Savo Milosevic YUG 5 goals
1996 - Shearer ENG 5 goals
1992 - Henrik Larsen DEN 3 goals
1992 - Karl-Heinz Riedle GER 3 goals
1992 - Dennis Bergkamp NED 3 goals
1992 - Thomas Brolin SWE 3 goals
1988 - Van Basten NED 5 goals
1984 - Michel Platini FRA 9 goals
1980 - Klaus allofs GER 4 goals
1976 - Gerd Muller GER 4 goals
1972 - Gerd Muller GER 4 goals
1968 - Dragan Dzajic YUG 2 goals
1964 - Jesus Maria Pereda SPA 2 goals
1964 - Ferenc Bene HUN 2 goals
1964 - Dezso Novak HUN 2 goals
1960 - Francios Heutte FRA 2 goals
1960 - Valentin Ivanov USSR 2 goals
1960 - Viktor Ponedeinik USSR 2 goals
1960 - Milan Galic YUG 2 goals
1960 - Jerkovic YUG 2 goals
1960 - Vincent FRA

Saturday, May 31, 2008

Relay For Life KL 2008

Malam ini bertempat di padang latihan Majlis Sukan Negara satu acara yang dinamakan Relay For Life akan diadakan. Acara ini adalah untuk menyokong mereka yang menghidap kanser dan dianjurkan oleh National Cancer Soceity of Malaysia. Thema untuk larian di Kuala Lumpur ialah 'Celebrate. Remember. Fight Back!'

Petikan dari NCSM :

Relay For Life KL 2008 will be held on 31st May-1st June, the weekend of World No Tobacco Day and International Cancer Survivor's Day, at the MSN Training Stadium, Bukit Jalil. We celebrate the advances in cancer, knowing that more cancers are being prevented and for those with cancer, more lives are being saved. We remember the loved ones lost and vow to fight back to make a difference in the lives of the future generation.


AFFILIATE

Powered By Blogger