Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Tuesday, March 08, 2011

KFA Rehatkan Ahmad Yusof

Kedah tersingkir dari saingan Piala FA setelah dikalahkan oleh Felda United dan tugas melatih Sang Kenari itu dipikul oleh Penolongnya yang bekas pemain Kebangsaan Radhi Mat Din. Tempoh pengantungan beliau belum ditetapkan oleh majikannya Persatuan Bolasepak Kedah.  

Mengantung jurulatih yang tidak perform adalah perkara biasa dalam sukan. Pencapaian seseorang jurulatih adalah seperti juga dalam lain-lain perkara iaitu ada up and down. Begitu juga dengan Pengurus Pasukan selain atlet. 

Berikut beberapa komen yang saya copy dari Facebook sebagai menjawab posting Rizal Hashim, Kasihan Ahmad Yusof

dh lama penyokong bersuara tentang pengurus si dato khazali tu...jurulatih xda kuasa yg penuh utk tentukan sesuatu..sepanjang saya ikuti permainan kedah paling baik ialah pada final piala fa dgn ns thn lepas..selainnya dikira teruk jika hendak dbandingkan dgn pemain yg dimiliki termasuklah semi final piala malaysia dgn kelantan thn lepas..itu bukan standard semi finalis...bertindak terhadap hj ahmad sahaja dgn tiada apa tindakan terhadap pengurus pada sy tidak akan merubah byk perkara utk pasukan kesayangan saya ini..wallahua'lam...



Farish Daniel Chew aku pn plik la dgn team kdh nie..ye la dh la rmai pmain kebangsaan tpi tektikal hancur..aku rsa ahmad yusoof tdk pndai menggunakan pmain2 ini spt mnew k.rajopal menggunakannye..aku rsa mmg patut yusof ditkr dgn coach yg lain spt mnew hodson ditkrkn dgn daglish...



Faktor kemenangan seseorang atlet dan dalam hal ini pasukan bolasepak Kedah bukan sekadar bergantung kepada jurulatih. Team sport adalah merupakan total committment. Semua pihak harus terlibat berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan. Performance sesebuah pasukan bergantung kepada Pengurus Pasukan, Persatuan, Jurulatih, Khidmat Sokongan, Pemain dan juga penonton. Kesemua aspek ini saling bergantung antara satu sama lain. Jika ada mana-mana pihak yang 'slack' maka kekuatan pasukan itu akan terjejas. 



Apabila seseorang atlet itu tidak dapat memberikan performance yang diharapkan dan mencapai plateau sehingga beberapa lama, maka jalan terbaik ialah merehatkan atlet berkenaan untuk satu masa tertentu dan kemudian mulakan dari awal untuk membina pencapaian hingga dapat mengatasi tahap di mana dia mencapai plateau sebelum itu. Mungkin inilah pandangan pengurusan KFA sehingga mengambil keputusan untuk merehatkan Ahmad Yusof buat sementara (atau...... Entahlah).  



Salah satu rujukan sukan yang terbaik untuk mendapatkan info yang baik ialah melalui blog Loose Cannon oleh Rizal Hashim. Dalam postingnya berkaitan perkara ini,  Rizal Hashim ada menulis begini ........
jadi mangsa keadaan. Pemain tidak berapa suka dengan pengurus Datuk Khazali Din. Ada pemain tidak beri 100 peratus dalam game, tentu ada sebab-musababnya. Jadi Ahmad Yusof barangkali tersepit.

Saya tidak menafikan pandangan beliau. Ada kebenarannya dan mungkin juga meleset. Namun demikian seperti yang saya tulis di atas tadi, pencapaian ialah komitment total. Bacalah posting Rizal sepenuhnya dan anda buat pertimbangan. Sebagai rekod Kedah mencapai double treble semasa Datuk Aziz Osman menjadi Pengurus Pasukan. Adakah wajar Datuk Aziz dibawa masuk semula untuk turn the table? Kepada semua pihak, diharapkan tidak ada unsur politik kepartian dilibatkan dengan sukan kerana ianya akan menjadi pemusnah dalam pencapaian sukan. Seperti yang ditulis oleh salah seorang penyokong Hijaukuning.com........
eLOK LA DATO'KHAZALI BALIK REHAT DULU.....ak cukup x berkenan bila bola sepak kedah telah d'politik'kan..bila bola sepak d'politikan..punah masa depan bola sepak kedah..hancur....pupuslah persatuan bola sepak klu d'politikan....

Semoga KFA dapat mengambil keputusan yang bijak. Sayangilah KDYMM Tuanku Sultan Kedah kerana Baginda amat berminat dengan sukan ini sehingga tidak melepaskan peluang untuk turut bersama menjadi penyokong setiap kali Kedah bermain. Ingat tak lagi Baginda sanggup berjalan kaki sehingga terjejas kesihatan, untuk sampai ke Stadium Batu Kawan dulu untuk menyokong dan melihat Kedah menjulang Piala FA dulu? 

Saturday, July 10, 2010

Athletes to have better varsity chance soon

Athletes to have better varsity chance soon
Reported in The Star.
This issue has been going on ever since but no progress has been made.
Ministers after ministers have pledged the same issue but it all go to square one.
School heads still give priority to academic development to the expense of sacrificing physical education and sports activities in their school. This is because school excellence is not based on sports glory but academic excellence. School heads will not be promoted based on his or her school's excellence in sports. Therefore I doubt what the Deputy Minister said in his speech will be a reality.

Read also The Star report HERE

Saturday, May 01, 2010

Semangat Macam Tikus?

Saya tertarik untuk menulis posting ini selepas membaca luahan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzudin Ahmad yang disiarkan dalam MyMetro Semangat Macam Tikus. Sambil membaca terlintas juga difikiran saya apakah jurulatih bolasepak negara kita sama tahap pemikiran dengan atlet iaitu jaguh kampung. 

Salah satu yang disebut ialah alasan tiada pemain import menyebabkan jurulatih tempatan tidak bersedia untuk membawa pasukannya bertanding dengan pasukan luar negara. Memang alasan seperti ini tidak sepatutnya menjadi satu isu kerana selama mana kita harus bergantung kepada pemain import. Saya rasa salah satu kemerosotan pemain kita khususnya di barisan hadapan dalam liga tempatan kita ialah sejak penglibatan pemain import. Dengan kehadiran pemain import sedikit sebanyak telah mempengaruhi pasukan-pasukan negeri untuk membangunkan pertahanan sementara tugas menjaringkan gol dilaksanakan oleh penyerang import. Nampaknya mentaliti kita masih lagi dibendung dengan pemain import lebih baik dari pemain tempatan. Ini saya rasa salah satu peninggalan penjajah yang masih membelenggu pemikiran kita yang harus dikikis. 

Alasan yang diberikan oleh K Devan selepas tersekat di Piala AFC dan Wan Jamak yang tidak berseda untuk menyertai kejohanan yang sama musim depan adalah contoh yang membuatkan Datuk Azzudin mengelar mereka sebagai Semangat Macam Tikus itu. Datuk, saya bersetuju dengan pendapat Datuk. Sempai bila kita hendak terus bergantung kepada tenga import?

Thursday, November 13, 2008

Resolusi Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008

Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008 sudah berakhir dan ini merupakan konvensyen terbaru selepas yang akhir sekali diadakan pada tahun 1996 di Langkawi. 

Malam tadi dalam Buletin Utama disiarkan lawatan YB Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Sabri Ismail ke tapak yang dicadangkan untuk dijadikan Akademi Badminton negara. Akademi ini telah disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya sempena Konvensyen sukan tersebut. Saya rasa ini satu reaksi pantas diambil oleh YB Menteri Belia dan Sukan bersama Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan juga Datuk Nazmi, Presiden BAM. 

Seperti dalam mana-mana konvensyen, pastinya berakhir dengan usul dan resolusi. Jadi dalam konvensyen kali ini resolusi yang di usulkan ialah:

  • Mengenalpasti badminton, memanah, berbasikal, terjun, menembak, perahu layar dan hoki sebagai sukan yang ada potensi memenangi pingat dalam sukan Olimpik 2012 di London. 
  • Perancangan menubuhkan universiti sukan
  • Penjenamaan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil sebagai Bandaraya Sukan dan menjadikannya sebagai one-stop centre untuk sukan. 
  • Mengujudkan blueprint yang diselaraskan bersama oleh semua agensi berkenaan (Kementerian Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan dan sebagainya)
  • Mengalakkan dan meransang pendekatan Sains Sukan di semua negeri. 

  • Melaksanakan dengan segera kaedah "star rating" terhadap persatuan-persatuan sukan kebangsaan. 
  • Menindahkan sekolah sukan ke bawah bidangkuasa Kementerian Belia dan Sukan.
  • Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara disatukan semula dan tidak berkhidmat sebagai dua badan berkanun berasingan. 
  • Memastikan guru Pendidikan Jasmani di sekolah bertanggungjawab hanya terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani dan tugas-tugsa kejurulatihan sahaja.   
  • Akta Pembangunan Sukan dan Dasar Sukan Negara dikaji semula agar lebih mesra dengan Persatuan Sukan Kebangsaan. 

Rujukan laporan media 

Sports Minister wants changes to begin right now - The Star.

Badminton: Misbun ready to bring up young talented players - The Star.

Sports City dream to become a reality - NST. 

"This was already planned when I headed the Merdeka Stadium Corporation (the managers of the National Sports Complex)," said Ismail Sabri yesterday. 

"The problem before was that the land where the complex is situated on was not under the Sports Ministry's name. However, the Cabinet recently agreed to transfer the title to the Sports Ministry and the re-branding of the sports complex will take place soon." 

The complex houses the National Stadium, the National Hockey Stadium, the Putra Stadium, the National Aquatic Centre and the National Squash Centre. 

The National Sports Council, National Sports Institute and Bukit Jalil Sports School are also situated there. 

University Idea shot down - NST. 

Delegate lash out at media - NST

Sasaran gagal dipenuhi - Berita Harian. 

Bukit Jalil jadi kota sukan Malaysia - Berita Harian. 

Universiti sukan perlu pertimbangan serius - Berita Harian. 

Delegates want school under Sports Ministry - NST

Friday, October 10, 2008

Sukan Di Malaysia Tidak Menjamin Masa Depan?

Ini adalah merupakan salah satu persoalan yang bermian bukan sahaja di kepala atlet malah semua ibu bapa apabila melakar kehidupan anak-anak mereka. Budaya di negara kita masih lagi meletakkan kelayakan akademik sebagai yang paling atas sekali dalam apa sahaja aspek hidup. Seseorang yang tidak mempunyai kelayakan akademik dianggap sebagai orang yang tidak tahu walaupun dari segi pengalaman dia hampir tidak ada langsung. Ilmu yang diperolehi secara formal di bilik-bilik darjah atau dewan kuliah hanyalah sesuatu yang teori sahaja. Apa yang dipelajari secara teori tidak semestinya boleh berlaku bagaikan kesan fotostat kerana apa yang berlaku di alam nyata adalah secara adhoc, iaitu masa itu juga.

Berita Harian ada melaporkan tentang seorang atlet Olimpik negara yangberaksi di Beijing 2008 yang lalu, menangguhkan latihannya di Melbourne semata-mata untuk mencari pekerjaan bagi menjamin masa hadapannya. Ini antara alasan yang diberikan oleh pelumba tersebut, Mohd Rizal Tisin, " Elaun latihan yang tidak mencukupi dan pengalaman melihat rakan seperjuangan terkapai-kapai tanpa pekerjaan selepas bersara ataupun menamatkan karier lebih awal kerana kecederaan, mengingatkannya supaya bersedia lebih awal. - Berita Harian.

Sewaktu saya menjadi jurulatih dahulu pun saya sering menasihatkan atlet-atlet saya bahawa bersukan tidak akan sampai ke mana. Oleh itu di usia muda janganlah hanya menumpukan perhatian terhadap peningkatan mutu sukan diri sendiri tetapi juga memikirkan tentang masa hadapan melalui kelayakan akademik. Mungkin tugas hakiki saya sebagai seorang guru yang membuatkan saya mempunyai falsafah sedemikian. Bersukan akan ada tarikh luputnya tetapi kehidupan terpaksa juga diteruskan walaupun setelah tidak berupaya bersukan lagi. Masa itulah seseorang akan mengenang masa silamnya yang terbuang di padang atau gelanggang permainan tanpa mengambil kira masa hadapan.

Antara faktor yang membawa kejatuhan atau berakhirnya karier sukan seseorang ialah kecederaan, usia dan kemunculan atlet muda dan sikap' aku dah tua'.

Majlis Sukan Negara adalah salah satu organisasi yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan atlet dan pengiat sukan prestasi tinggi ini. Sebagai langkah ambil berat itu, maka MSN telah mengujudkan satu Cawangan Hal Ehwal Atlet yang diketuai oleh bekas bionic women negara, Pn. Hjh. Zaiton bt Othman.

Tuesday, April 08, 2008

Antara Dua Nasib

Malaysia tewas kepada Jerman 3-0 dalam kejohanan kelayakan olimpik, di Kakamigahara, Gifu, Jepun. Kekalahan ini memudarkan lagi harapan negara untuk merebut tempat terakhir ke Sukan Olimpik.

Dalam kejohanan yang sama Jepun mengalahkan Itali 5-1 sementara Poland mengalahkan Switzerland 3-2.

Kini Malaysia mengutip 4 mata di belakang Jerman dan Jepun yang masing-masing mengutip 9 mata.

Daily Hockey News

Di Perancis pula acara larian obor sukan Olimpik dicemari dengan tunjuk perasaan dan cubaan merampas obor serta mengagalkannya.

Di Greece SINI.

Di Paris: The flame had to be snuffed out at least twice and sheltered in a bus on several occasions to protect it from the mass of demonstrators who repeatedly blocked its path, denouncing China's crackdown on Tibet.

Di India : India's soccer captain, a Buddhist from an Indian region with ancient ties to Tibet, said Tuesday that he won't carry the Beijing Olympic torch on his assigned leg of the global relay in protest over China's crackdown on recent protests in Tibet.

Di Malaysia larian obor ini akan diadakan pada 21 April bermula di Dataran Merdeka mulai jam 2.00 petang.



Thursday, February 14, 2008

Isu Bola Marathon Gen 2

Malaysia menarik diri dari Sukan SEA di Korat pada hujung tahun 2007 kerana isu bola baru Gen II. Kini bola itu semakin mendapat perhatian dan kajin -kajian mula dijalankan.

Lain-lain berita berkaitan

ISTAF suspends PSM, Ahmad Ismail.
PSMs safety on new ball unfounded.
clipped from www.hmetro.com.my

SELEPAS sebuah universiti tempatan mendakwa bola Marathon Gen II mampu menghadirkan risiko besar buat penggunanya, tiba giliran Institut Sains Sukan (ISN) untuk berkongsi pendapat yang hampir serupa.

Inilah yang ditegaskan oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail sebelum ini.

Kajian universiti tempatan terbabit diserahkan PSM kepada ISN pada 28 Januari lalu bagi mendapatkan pandangan institut berkenaan kerana badan induk kebangsaan itu berpendapat ia adalah penting.

ISN dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata, berdasarkan kajian universiti terbabit, memang terdapat beberapa keraguan terhadap faktor keselamatan bola berkenaan.

“Kajian itu mendapati bola terbabit berupaya menghasilkan kesan yang lebih berbanding bola biasa kerana ia lebih padat dan universiti berkenaan berpendapat ia mampu menghadirkan risiko kecederaan terutama bahagian kepala pemain.


blog it

Wednesday, January 16, 2008

Malaysian Open Super Series

I have blogged about the Malaysian Open and today is another follow up.

NST reported that there is not many fans at Putra Stadium despite entry is FREE. One of the reason being not many people knew about the competition and this is the weakest aspect of organizing events in Malaysia. So don't blame on the public for not turning up for the matches. When spectators want to attend, they will definitely want to see their own home team or players but how to know who is playing when there no where to look for to see who is playing and at what time? The BAM and the competition official website? They are there just to add junks in cyberspace. Just imagine how 47732 (as at 12.42 p.m. 16th January 2008) visitors were frustrated when they visit the official tournament website and find just the front page.

Food is also being sold at high price. It has always been an expensive food fair inside the Putra Stadium for any events held there. Just visit any function at the staduim and everyone can feel that price of food is quite high. The stall operators knew very well that visitors have no choice but to buy from them when hungry, So why they worry about not getting customers. To go to the NSC's canteen or the food court outside the stadium might be a bit time consuming even though its a bit cheaper there. OMG...... a chicken burger costing RM 2.50 outside is sold for RM 6.00? A bottled drink for RM 6.00 to RM 12.00? Its cheaper on Airasia.

Saturday, January 12, 2008

Hire Coaches With Sports Science

Malaysia has start to take Sports Science since 1986 when the National Coaching board was set up by the government. Since then the National Sports Council has been organising Sport Science courses for local coaches to expose them with the knowledge. However as a new area, most coaches are still skeptical about the subject and many try to shy away.

Today many young coaches are already opened up to be exposed to the sciences and in a few years to come, they will replace the old timers who think they can't cope with this area of science for sports.

During her visit to National Sports Institute recently, the Sports Minister Datuk Seri Azalina Othman Said urged the National Association to employ only coaches with sports science background and knowledge. As it is there are still coaches who train national athletes who are without sports science and worse still no coaching certificates. They are employed because they have been producing athletes before and boast that without sports science they are still productive. We do not deny that without sports science athletes can still be produced but with sports science the athletes can sustain a longer athletic career without damaging their human characteristics one of them is injury.




Sunday, May 13, 2007

Presiden MOM

Buat pertama kalinya Datuk Seri Shahidan Kassim telah mengambil langkah bijak untuk menarik diri dari bertandingan jawatan Presiden MOM. Sejak nama beliau disebut-sebut dan kemudian dicalinkan ramai peminat sukan tersenyum sinis dan mengelengkan kepala mengapakah perlunya beliau bertanding. Ramai tidak memahami mengapa beliau begitu berminat untuk memegang begitu banyak jawatan dalam sukan disamping tugas utama beliau sebagai Menteri Besar Perlis yang lebih penting dari menjadi Presiden Persatuan sukan.

Tidak pasti mengapakah persatuan yang mencalonkan beliau mengambil langkah berkenaan. Apabila nama beliau dicalonkan untuk jawatan Presiden KOAM dahulu, ramai peminat sukan khususnya dalam bidang olahraga tahu apa motif sebenar dan politik mereka yang mencalonkan beliau lalu memenanginya. Adalah diharapkan persatuan-persatuan sukan tidak jadikan pertandingan jawatan dalam sukan sabagai satu mockery dan menjejaskan mutu sukan negara.

Berita Harian
Utusan Malaysia

Sunday, February 25, 2007

Bolasepak Tidak Jadi Ke Arsenal?

Berita Harian hari ini melaporkan lagi dan mengesahkan tentang projek latihan skuad bolasepak negara dengan Arsenal. Pengesahan ini dibuat sendiri oleh Robert Alberts, Pengarah Kejurulatihan FAM. Baca beritanya di sini.

Saya baru menghubungi pihak di Arsenal untuk mendapat maklumat mengenainya. Saya menggunakan orang hubungan yang saya kenali. Ketika ini, tiada siapa yang tahu mengenainya.

“Saya menghubungi Arsenal untuk bertanyakan persoalan itu, untuk mengetahui jika ada pihak yang tahu mengenai program latihan untuk skuad berkenaan,” Demikian dipetik kenyataan Robert Alberts.

Petikan dari Hertfordshire Mercury ;

An Arsenal spokeswoman said: "We have no knowledge of this training camp or these proposals. I can categorically say that we have not been approached by the Malaysian government."

Apa dah jadi? Beberapa minggu lalu sebuah akhbar tabloid melaporkan bahawa projek Pusat Latihan Sukan Prestasi Tinggi di Brickendonbury belum tentu boleh berfungsi pada bulan April nanti memandangkan pelan untuk menaikkan taraf TARRC itu belum lagi diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan di sana iaitu East Herts Council.

Isu yang berkaitan boleh dibaca di sini dan juga.......

TRAINING STINT FOR NATIONAL UNDER-16 FOOTBALL TEAM - Arsenal says it’s unaware of proposal

Gunners 'on target' to train Malaysian team

High-performance centre for M'sian athletes in London a non-starter?

Has Najib been deceived?

Sports centre tells tale

Monday, February 19, 2007

Isu Gender Dalam Sukan

India memperolehi sebanyak 54 pingat dalam Sukan Asia Doha 2006 tetapi telah diarahkan untuk memulangkan sebutir pingat dan menjadikan jumlah pungutan pingat oleh kontinjen India tinggal 53. Ianya berbangkit apabila seorang atlet 800 meternya, S.Santhi telah gagal dalam ujian mengenalpasti gender semasa sukan terbesar di rantau Asia itu.

Selama ini ramai peminat sukan mengetahui tentang ujian dadah dalam sukan tetapi isu S.Shanti ini mungkin memberikan info yang baru bahawa terdpat juga ujian gender. Ujian ini adalah untuk mengesahkan jantina seseorang atlet khususnya atlet wanita yang mungkin seorang transgender. Transgender ialah seseorang yang dilahirkan lelaki tetapi kemudiannya menular jantina untuk hidup sebagai seorang wanita.

S shanti ini bukanya yang pertama khususnya di lapangan sukan India. Seorang jaguh 10,000 wanita India pada tahun 1986-87, Nanda Jadhav telah dipertikai jantinanya tetapi ujian membuktikan dia adalah wanita tulen. Pada tahun 70an seorang lagi atlet jarak sederhana India telah menukar jantinanya dan bertukar daripada Nani Radha kepada N Radhakrishnan.

Pada 18 February 2007, Reuters pula melaporkan dari New York berita tentang Renee Richards, seorang transeksual juga ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Persatuan Tenis Amerika syarikat kerana menghalangnya mengambil bahagian dalam kejohanan tenis Terbuka US kerana dirinya seorang transeksual. Baca juga di sini . Persoalannya adakah isu gender ini akan mula memeriahkan lapangan sukan seperti mana isu dadah dalam sukan.


AFFILIATE

Powered By Blogger