Showing posts with label KBS. Show all posts
Showing posts with label KBS. Show all posts

Thursday, April 09, 2009

Menteri Belia dan Sukan

Sukan mendapat  Menteri dan Timbalan baru. Blog My Sukan mengucapkan selamat datang ke dunia sukan Malaysia. 


YB Dato' Ahmad Shabery bin Cheek

Timbalan Menteri



Tuan Wee Jeck Seng 

Tuesday, November 11, 2008

Konvensyen Sukan Kebangsaan II

Putra World Trade Centre

Pagi ini telah berlangsung Konvensyen Sukan Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohd NajibTun Abdul Razak. Satu perkara yang menarik dalam ucapan persamian beliau ialah pengumuman untuk menubuhkan Akademi Badminton bagi melahirkan lebih ramai pemain badmiton yang dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa. Keputusan untuk menubuhkan akademi tersebut adalah berdasrkan  pencapaian sukan tersebut yang dilihat mampu menghasilkan pingat emas pertama negara di Olimpik. 

Beliau juga memberitahu bahawa bagi sukan lain, jika ingin mendapat kemudahan yang sama hendaklah menunjukkan prestasi terlebih dahulu. 


Tuesday, October 14, 2008

Rumah Terbuka KBS

15 Oktober 2008 akan diadakan majlis rumah terbuka Kementerian Belia dan Sukan. Majlis ini yang akan merupakan majlis bersama bagi organisasi-organisasi di bawah Kementerian seperti Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan diadakan di perkarangan Stadium Putra di Bukit Jalil. Majlis diadakan mulai jam 11.00 pagi hinggalah 5.00 petang. 

Semua dijemput hadir. 

AFFILIATE

Powered By Blogger