Showing posts with label paintball. Show all posts
Showing posts with label paintball. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Nightstrike - Paintball

There was night action at Xtion Paintball in Bukit Jalil on 22nd and 23rd January 2011. I was sitting in front of my computer and heard the cry, "Ten seconds!!........3!....2!....1!.....Game on......". Then after sometimes "Game over!!!!......" I know its paintball. So, on the second night I decided to go to Xtion Paintball field behind the National Hockey Stadium to witness what night paintball is all about. Actually my friend inquired about our team playing the tournament and create history for ourselves. first to play at night and then its the inaugural tournament in the country. However we, don't have enough players to join and I forgot about it until last night. 

It was the Energizer Night Strike Paintball tournament and of course played at night. 
When I arrived at the venue, saw that the layout is different from the one I use to play. It is more of a scenario setup with teams trying to outdo the opponent. I manage to take some pictures, but seems it is night and my camera setup is on 'no flash', the picture is of a very poor quality. Or because of the poor skill of the man behind the camera? LOL.


 During the 'war' minimum lights were used and this is when players have to be very sharp, looking out for the opponent to shoot at and elimminate him/her . Players wear normal paintball gear with the addition of reflective strips on their hands, legs, and body. 
 As I have mentioned earlier, this is another milestone in the history of paintball in Malaysia with the first-ever night paintball tournament with 25 teams taking part .

Sunday, March 21, 2010

Paintball Kelab MSN 2010

Hari ini Kelab Majlis Sukan Negara mencipta satu lagi sejarah dengan menganjurkan pertandingan paintball antara cawangan bertepat di Xtion Paintball, Bukit Jalil. 24 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada kakitangan MSN dan ISN, atlet dan pasukan jemputan dari Media. Pertandingan ini dikelolakan oleh Biro Sukan Kelab MSN. 

Boleh dikatakan semua staff MSN dapat merasakan buat pertama kali memegang marker paintball dan terlibat secara langsung dalam sukan ekstrim ini. Walaupun pertandingan ini lebih merupakan format rekreasi, sekurnag-kurang peserta dapat merasakan excitement dan sebahagian pula merasakan sendiri kesan terkena tembakan paintball.  

Keputusan Pertandingan
Johan - Atlet Hoki
Naib Johan - Atlet Angkat Berat
Ketiga - Cafe Atlet MSN
Keempat - Cawangan Kewangan 

Saturday, November 07, 2009

MY NPL 2009 - Menyertai Grand Finale

Hari ini hadir untuk tournament paintball Liga Kebangsaan MY NPL siri terakhir untuk tahun 2009. Perlawanan diadakan dia MAPAAC, ASTAKA, Petaling Jaya. Kali ini tak main dengan team asal aku iaitu YAKUZA tetapi join team Feva Division. Ini merupakan Division 4. Hanya aku dan Marcus sahaja yang tinggal dari YAKUZA kerana team mate yang lain tidak dapat turut serta atas urusan tugas masing-masing.  

Jika dalam siri pertama aku bersama YAKUZA dapat mara ke sweet 16 kali ini aku bersama Feva Division juga mara ke sweet 16 dan memperbaiki kedudukan dari tangga ke 13 naik ke tangga ke 9.

Dalam pusingan awal yang diadakan hari ini (7 Nov) kami main sebanyak 6 kali dan menang empat dari perlawanan tersebut. Team kalah game pertama dengan BPMB Espada dan juga dengan XO Dust dalam game kelima.

Dalam sweet 16 pasukan Feva Division akan berhadapan dengan Dominators. Dominators ini adalah merupakan team yang bersama kami semasa Bloggers Paintball Tournament pada bulan Januari 2009 lalu. Dalam tournament tersebut mereka mendapat temat ketiga sementara YAKUZA tempat kedua.

Saturday, June 27, 2009

LATIHAN PAINTBALL LAGI


Hari ini hadir untuk latihan paintball sekali lagi. Latihan ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai My NPL sirkit ke 4 di Melaka pada 1 - 2 Ogos 2009. Sejak mula ditubuhkan Team Yakuza telah menyertai tiga pertandingan. Pertandingan pertama ialah sewaktu mula tertubuhnya pasukan ini di Advertlets Bloggers Tournament dengan mendapat tempat kedua. Seterusnya My NPL sirkut pertama dengan menduduki ranking ke 13 dari 28 pasukan. Pertandingan ketiga ialah dalam Colympic tetapi aku tidak mengambil bahagian kerana syarat usia.

Yakuza bercadang untuk menyertai satu lagi pertandingan anjuran HELP di ASTAKA pada 11 Julai nanti sebagai run-up kepada Liga My NPL di Melaka. Yakuza kini sudah mempunyai pemain keenam dan sedang mencari pemain ketujuh untuk melengkapkan jumlah tujuh orang pemain yang boleh didaftarkan untuk Liga berkenaan.

Kehadiran pemain paintball hari ini tidak ramai mungkin kerana minggu lepas liga paintball kebangsaan sirkit ketiga baru tamat di Kuantan. Latihan kami lebih kepada meningkatkan kemahiran asas seperti bunkering, sliding dan snap shooting.

Hari ini juga diadakan latihan bersama dengan satu lagi team yang akan turut menyertai liga di Melaka nanti iaitu Infidelz.

Thursday, March 26, 2009

Patutkah Aku Jadikan My Sukan Kepada My Paintball?

Tak tahu sama ada nak jadikan blog ini khusus untuk paintball. Sejak Januari 2009 aku mula bermain paintball apabila Advertlets menjemput bloggers untuk bermain paintball dalam Bloggers Paintball Tournament. Kumpulan yang aku menjadi pemainnya telah muncul sebagai naib juara dan kami teruskan dengan mengambil bahagian dalam Liga Paintball - My-NPL siri pertama di padang Astaka pada bulan Februari. Dari 28 pasukan kami muncul di ranking ke 13 dan mara ke pusingan sweet 16. Kami tewas dalam pusingan ini tetapi kami telah belajar banyak tentang permainan ini.

Selepas itu kami terus mengadakan latihan. Memandangkan kosnya agak tinggi (anggaran sekali latihan RM100), maka kami tidak dapat berlatih lebih kerap. Malah kami tidak akan ambil bahagian dalam siri kedua di Johor Bharu pada hujung Mac nanti.

Kini aku sudah mula rasa attached dengan permainan ini. Aku sudah banyak membaca tentang paintball di internet dan subscribe kepada Google alert di mana Google menghantar maklumat tentang blog-blog yang diupdate terkini.

Aku sudah mula berkira untuk menghasilkan sebuah buku tentang permainan ini memandangkan belum ada lagi (setahu aku) buku tentang paintball dalam Bahasa Melayu di negara kita. Aku juga telah mendaftarkan diri dalam sebuah forum tentang paintball dan menjadi moderator untuk team aku "Yakuza" dalam forum tersebut. Seorang member dalam forum itu mencadangkan diterbitkan majalah tentang paintball dan aku juga telah respons terhadap tulisannya. Berbagai cadangan diberikan oleh members yang lain sama ada untuk menerbitkan majalah fizikal atau e-zine.

Satu persoalan kini.

Wednesday, February 11, 2009

Permainan Paintball

Baru-baru ini aku terlibat dengan satu sukan baru. Paintball. Penglibatan aku bermula dengan menerima pelawaan Advertlets, sebuah syarikat pengiklan di internet mengajak blogger main paintball. Aku menghantar permohonan untuk mencuba. Yes, diterima.

So pada hari pertandingan aku hadir awal kerana dimaklumkan bahawa pendaftaran akan dilakukan pada jam 7.30 pagi. Aku menjadikan disiplin diri untuk hadir lebih awal dari masa yang ditetapkan. Itu juga aku nasihatkan kepada jurulatih-jurulatih sukan dalam setiap kursus yang aku menjadi penyelaras di seluruh negara.

Dalam pertandingan itu kumpulan aku Yakuza telah muncul sebagai naib juara dan dengan itu ditaja oleh MY-NPL untuk mengambil bahagian dalam National Paintball League 2009 yang akan bermula pada 14 dan 15 Februari 2009. Sebagai pendatang baru sememangnya kami akan bertanding dalam Division 4. Aku tak nak tulis panjang-panjang di sini. Bacalah pengalaman aku DI SINI.

Gambar di bawah adalah salah satu kenangan manis yang aku bawa balik selepas permainan itu. Itu kesan terkena tembakan paintball. Maklumlah just pakai baju biasa. Tetapi kesan ini tidak akan melemahkan aku untuk terus bermain. Malah aku sudah mula naik gian untuk main lagi.


AFFILIATE

Powered By Blogger